Doa Nabi Sulaiman ASW Dalam Quran






1. Doa Nabi Sulaiman a.s dan ayahandanya Nabi Daud a.s kerana bersyukur diberi kelebihan ilmu kepada mereka berdua.

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي فَضَّلَنَا عَلَى كَثِيرٍ مِنْ عِبَادِهِ الْمُؤْمِنِينَ (١٥) سورة النمل

Ertinya: Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari banyak hamba-hamba-Nya yang beriman.

2. Doa Nabi Sulaiman setelah terdengar percakapan semut.

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ (١٩) سورة النمل

Ertinya: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.

3. Surat permulaan Nabi Sulaiman a.s yang diutus kepada Ratu Balqis.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (٣٠) سورة النمل

Ertinya: Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani.

4. Doa Nabi Sulaiman kerana alpa akan perintah Allah lalu memohon ampun dan bersyukur dengan kelebihan yang Allah beri padanya.

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لا يَنْبَغِي لأحَدٍ مِنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ (٣٥) سورة ص

Ertinya: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya.

0 comments