100 Cara Untuk Bangun Qiamullail (1)




Bangun malam atau qiamullail [قيام الليل] adalah upaya diri menghadirkan seluruh jiwa mengadap Allah SWT di waktu malam ketika semua manusia sedang lena tidur. Bangun malam menurut syariat ialah mengisi malam tersebut dengan zikruLlah, bertasbih dan memuji zat Allah Yang Maha Agung, mengaji al-Quran, menunaikan solat taubat dan tahajjud. Bahkan mentelaah pelajaran, menghafal sifir ilmu juga termasuk beribadah di malam hari. Ini dipercontohkan oleh para salafussoleh dengan menyelesaikan masalah fiqh dan menghafal matan Hadith SAW. Dibawah ini adalah nota-nota motivasi, diari hidup orang berjaya di dunia dan akhirat.

1. Bangun malam ikhlas kerana Allah SWT.

2. Rasakan seolah-olah Allah yang menginginkan anda bangun sebagai motivasi.

3. Rasakan seolah-olah Rasulullah SAW yang menginginkan anda bangun sebagai motivasi.

4. Membaca kisah para salafusoleh beribadat dimalam hari.

5. Tidur mengiring ke kanan.

6. Bangun malam dapat menghilangkan sifat lalai dalam hati.

7. Merasakan bahawa Allah melihat dan mendengar kesungguhan anda bangun malam.

8. Membaca kisah Rasulullah SAW bangun malam. Bagaimana kesungguhan baginda beribadat pada malam hari.

9. Mencontohi cara orang terdahulu bangun malam.

10. Berdoa pada Allah SWT agar dimudahkan bangun malam.

0 comments