Di Terminal Lapangan Terbang Madinah


(Bagi Penerbangan Terus Kuala Lumpur-Madinah)

URUSAN: Pemeriksaan Imigresen dan Kastam.

1. Setelah kapal terbang mendarat, jangan bangun daripada tempat duduk sebelum menerima arahan. Beratur ketika turun pesawat.

2. Berkumpul di dewan ketibaan secara berasingan (lelaki/perempuan).

3. Beri perhatian kepada penerangan Petugas Tabung Haji.

4. Solat fardu (jika masih ada waktu dan qada jika telah luput waktu).

5. Pegang pasport dan Buku Rekod Rawatan masing-masing untuk diperiksa oleh pihak berkuasa lapangan terbang.

6. Masuk ruang Imigresen secara beratur (lelaki dan perempuan diasingkan). Urusan ini agak perlahan dan pohon bersabar.

7. Serah dan terima kembali pasport setelah dicop oleh Petugas Imigresen.

8. Buku Rekod Rawatan akan dipulangkan oleh Petugas Kesihatan.

9. Ambil bagasi masing-masing di kawasan letak bagasi untuk diperiksa melalui mesin x-ray (termasuk beg sandang).

10. Buka kunci bagasi sekiranya diminta untuk pemeriksaan Kastam.

11. Pastikan semua bagasi telah diambil untuk pemeriksaan melalui mesin x-ray.

12. Bagasi akan diletakkan di atas troli dan akan ditolak oleh Petugas Terminal ke bas.

13. Beg galas dan beg sandang yang mempunyai barang istimewa atau herharga hendaklah dibawa sendiri ke dalam bas. Bagasi lain akan dinaikkan ke atas bas oleh petugas bas.

14. Pasport akan diambil oleh Petugas Muassasah Adillak di pintu keluar terminal dan sekeping kertas tanda terima (Aqibah) diserahkan kepada jemaah haji.

15. Semasa di luar terminal, Petugas Tabung Haji akan menentukan dan menunjukkan bas yang akan dinaiki oleh jemaah haji.

16. Perjalanan dari lapangan terbang ke bangunan penginapan di Madinah mengambil masa lebih kurang setengah jam. 
SHARE

Milan Tomic

Hi. I’m Designer of Blog Magic. I’m CEO/Founder of ThemeXpose. I’m Creative Art Director, Web Designer, UI/UX Designer, Interaction Designer, Industrial Designer, Web Developer, Business Enthusiast, StartUp Enthusiast, Speaker, Writer and Photographer. Inspired to make things looks better.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment