Perjalanan Ke Madinah/Makkah


URUSAN: Perjalanan dari Jeddah ke Madinah/Makkah.

1. Perjalanan menuju Madinah Al-Munawwarah sejauh 424 km akan mengambil masa antara 5 hingga 7 jam, manakala perjalanan ke Makkah sejauh 72 km ialah antara 2 hingga 3 jam.

2. Semasa dalam perjalanan tersebut, jemaah haji dilarang memberi wang saguhati (baksis) kepada pemandu. Jika terdapat pemandu yang memaksa jemaah haji memberikan baksis, laporkan kepada pegawai TH sebaik sahaja tiba di Madinah/Makkah dengan mengemukakan maklumat seperti nombor bas, nama syarikat bas, tarikh dan masa.

3. Bas akan berhenti di suatu tempat istirehat dalam pertengahan perjalanan. Jemaah haji bolehlah menggunakan masa tersebut bagi tujuan berehat, makan atau solat (Madinah sahaja).

4. Semasa turun daripada bas, sila beri perhatian ke atas perkara seperti berikut:

  • Pastikan lencana nama dan Gelang Pengenalan Haji (GPH) sentiasa dipakai sebagai tanda pengenalan diri jemaah haji Malaysia.
  • Bergerak di dalam satu kumpulan.
  • Tidak digalakkan merayau-rayau tanpa tujuan kerana dikhuatiri tersesat.
  • Pastikan lokasi dan nombor bas agar tidak tersilap semasa menaiki bas nanti.
  • Bekerjasama dalam satu kumpulan.
  • Segera menaiki bas semula setelah selesai semua urusan.


5. Semasa membeli makanan, jemaah haji diingatkan:

  • Memilih makanan yang difikirkan sesuai sahaja bagi mengelakkan kemudaratan.
  • Elakkan dari menggunakan wang bernilai besar semasa membeli makanan.
  • Jemaah haji hendaklah memahirkan diri untuk mengenal matawang Saudi Riyal.


6. Pastikan menaiki semula bas yang betul dan tiada penumpang lain yang tertinggal.

7. Laporkan kepada TH (Madinah/Makkah) jika berlaku sesuatu yang tidak diingini semasa dalam perjalanan seperti kematian, sakit, kerosakan bas, kehilangan jemaah haji, kehilangan barang atau apa sahaja kesulitan.

PERHATIAN
i. Elakkan dari perbuatan memberi ‘baksis’ (wang sagu hati) kepada pemandu bas.
ii. Semasa bas berhenti dalam perjalanan pastikan keluarga menaiki bas yang sama selepas turun.

0 comments