MAS Perluas Khidmat 'Chef-On-Call' Diperluas


Penerbangan Malaysia (MAS) memperluaskan perkhidmatan ‘Chef-on-Call’ kepada penumpang kelas perniagaan yang menggunakan penerbangan antara Kuala Lumpur ke Amsterdam, Frankfurt, London, Paris, Adelaide, Brisbane, Melbourne, Perth, Sydney dan Auckland.

Pengarah Khidmat Pelanggannya, Datuk Salleh Ahmad Tabrani, (gambar) berkata menu ‘Chef-on-Call’ itu mengandungi pilihan antara 20 hingga 30 hidangan bermula daripada hidangan kegemaran Malaysia, cadangan chef, makanan sihat dan makanan ringan.

Menu Malaysia

“Pilihan menu Malaysia adalah nasi lemak, asam pedas ikan, kurma daging, kari ayam kapitan, ayam goreng, mi telur goreng, ayam kicap, kari kambing dan mi telur goreng bersama udang.

“Ia tidak hanya ditawarkan kepada penerbangan daripada Malaysia, tetapi juga penerbangan dari Eropah, Australia dan New Zealand,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.


0 comments