Mina

Akik (also Hakeek or agate) stones and rings s...
Akik (also Hakeek or agate) stones and rings sold at the apex of Jabal ar-Rahmah (aslo Mount Arafat) in Makkah. (Photo credit: Wikipedia)

URUSAN: Aktiviti di Mina.


1. Masuk ke khemah yang ditetapkan dan berehat.

2. Petugas Muassasah akan mengedarkan makanan.

3. Pengumuman untuk melontar Jamrah Kubra akan dibuat oleh petugas maktab mengikut jadual yang ditetapkan. Bersedia berjalan kaki dari khemah Mina Muaisim/Muhassir ke Jamrah Kubra.

4. Keluar dalam satu kumpulan mengikut KT untuk pergi melontar dengan dipandu oleh Petugas Muassasah dan Tabung Haji.

5. Pastikan tempat berkumpul semula selepas melontar.

6. Bercukur atau bergunting (Tahallul Awwal) selepas melontar dan berdoa.

7. Batik ke khemah dalam kumpulan yang sama. Biasanya ramai yang tersesat jalan atau terpisah dari kumpulan kerana dirempuh ketika melontar Jamrah. Segera cari kumpulan semula.

8. Apabila tiba di khemah setelah melontar, bolehlah menanggalkan pakaian ihram dan memakai pakaian biasa (jaga larangan yang masih ada iaitu perkara berhubung hubungan jenis dan perkahwinan serta mukadimah persetubuhan).

9. Berehat di khemah dengan bertakbir, berdoa, berzikir, solat sunat dengan sebanyak-banyaknya. Jimatkan air dan gunakan tandas dengan sempurna.

10. Pejabat Tabung Haji berada dalam kawasan khemah. Jemaah tidak digalakkan berulang alik dari Mina ke Makkah kerana tiada perkhidmatan bas dan makanan oleh Muassasah. Penyediaan klinik rawatan perubatan tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi.

11. Makanan ada disediakan oleh pihak Muassasah sepanjang berada Mina.

12. Sempurnakan lontaran ketiga-tiga Jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah di samping wajib bermalam di Mina mengikut jadual yang diaturkan.

13. Jika uzur dan tidak dapat melakukan lontaran, sila rujuk kepada Pegawai Perubatan dan Guru Agama untuk menentukan tahap uzur syar’ie yang membolehkan wakil melontar.

14. Mengambil langkah-langkah keselamatan semasa melontar dengan mengikuti arahan petugas Tabung Haji seperti menangguhkan lontaran apabila keadaan terlalu sesak.

15. Bagi jemaah haji yang hendak menghimpunkan lontaran semasa Hari Tasyrik, hendaklah merujuk kepada Guru Agama Maktab untuk mendapatkan nasihat.

16. Berkemas dan bersedia untuk balik ke Makkah.

17. Bawa beg sendiri dan naik bas apabila diarahkan oleh Petugas Tabung Haji pada 13 Zulhijjah.

18. Jemaah haji hendaklah mematuhi jadual untuk pergi melontar seperti yang akan ditetapkan oleh Kementerian Haji Arab Saudi dengan kerjasama Muassasah Haji Asia Tenggara dan TH.

19. Jemaah haji dilarang sama sekali menggunakan kerusi roda untuk pergi melontar, begitu juga dilarang membawa beg pakaian dan mendukung anak kecil semasa melontar.

20. Jemaah haji digalakkan mengambil rukhsah syara’ yang boleh mewakilkan kepada orang lain untuk melontar bagi dirinya, khusus bagi jemaah haji yang daif dan telah lanjut usia, iaitu setelah mendapat pengesahan dari Guru Agama dan Pegawai Perubatan.

21. Jemaah haji yang berhasrat untuk membuat Nafar Awwal dinasihatkan melontar ketiga-ketiga jamrah pada 12 Zulhijjah di sebelah pagi iaitu sebelum jam 8.00 pagi.

PERINGATAN
i. Jemaah haji yang mendakwa uzur hendaklah merujuk kepada Guru Agama dan doktor terlebih dahulu sebelum mewakilkan lontaran kepada orang lain.
ii. Bagi yang membuat Nafar Awwal, digalakkan melontar pagi. Makanan di Makkah tidak disediakan pada waktu ini.
iii. Jangan melontar waktu pagi 10 Zulhijjah (Hari Nahar/Hari Raya Haji) kerana keadaan terlalu sesak dan membahayakan keselamatan.
iv. Bagi jemaah haji yang tiada tempat untuk bermalam (bermabit) di Mina, mereka tergolong dalam kategori uzur syari’e, maka gugurlah wajib bermalam di Mina, tidak dikenakan Dam dan tidak berdosa.
v. Jemaah haji yang terpaksa atau dipaksa meninggalkan bermalam (bermabit) di Muzdalifah termasuk dalam golongan Mukrah iaitu mereka tidak dikenakan Dam dan tidak berdosa.

Enhanced by Zemanta

0 comments