Muzdalifah


URUSAN: Aktiviti Muzdalifah.

1. Dalam Sistem at-Taraddudiah (ulang-alik), jemaah haji akan diturunkan di Muzdalifah dan bermabit sehingga selepas tengah malam (Wajib Haji).

2. Sunat mengutip 7 biji anak batu.

3. Jemaah haji hendaklah menaiki bas secara berkumpulan seperti yang diarahkan oleh petugas maktab.

4. Jemaah haji hendaklah menaiki bas dengan tertib dan tidak berebut-rebut. Sila beri keutamaan kepada yang uzur.

5. Teruskan bertalbiah dan berzikir semasa dalam perjalanan ke Mina.

6. Sila ambil perhatian bahawa masa ketibaan jemaah ke Mina tidak dapat dipastikan mengikut jadual kerana jalan terlalu sesak.

7. Sekiranya bas tidak tiba di Muzdalifah, kemungkinan petugas Tabung Haji akan mengarahkan jemaah haji berjalan kaki beramai-ramai ke Mina.

8. Sekiranya bas tidak dapat sampai ke khemah Mina ada kemungkinan jemaah haji terpaksa turun dari bas dan berjalan kaki ke perkhemahan Mina. Jemaah haji perlu bersabar dan mengikut arahan petugas Tabung Haji untuk ke Mina.

9. Adakalanya bas tersasar ke Makkah, jemaah haji boleh memasuki bangunan penginapan dan berehat, jemah haji boleh mengerjakan Tawaf, Sa’ie dan Bertahallul. Dapatkan panduan petugas Tabung Haji di maktab untuk perjalanan ke Mina (perbelanjaan sendiri).

10. Jemaah haji dinasihatkan untuk berkumpul mengikut kumpulan keluarga.

MAKLUMAN
Jangan lupa solat Subuh sebelum habis waktu.

0 comments