Peringatan Semasa Berada Di Makkah


1. Sentiasa memakai lencana dan Gelang Pengenalan Haji semasit pergi ke masjid atau sebagainya.

2. Pergi ke masjid dengan berkumpulan supaya tidak sesat serta saling tolong-menolong jika berlaku kesusahan.

3. Tidak digalakkan membawa wang tunai yang banyak ketika ke masjid.

4. Jemaah wanita hendaklah sentiasa menutup aurat dan ditemani oleh mahram atau keluarga apabila keluar dari tempat penginapan.

5. Sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan.

6. Biasanya 3 atau 4 hari lagi sebelum Wuquf, jemaah haji yang uzur atau sakit tidak digalakkan solat berjemaah di Masjidil Haram kerana terlalu sesak. Jemaah haji dikhuatiri hilang, jatuh sakit atau masalah lain yang diluar jangkaan.

7. Jangan percaya khabar-khabar angin. Sila pastikan berita dari Pusat Perkhidmatan Maktab Tabung Haji untuk pengesahan.

8. Jimatkan penggunaan air. Pastikan kepala paip sentiasa ditutup semasa ketiadaan air atau selepas keluar dari bilik air.

9. Sentiasa jaga keselamatan diri dan tempat tinggal (bangunan). Dilarang sama sekali merokok dalam bangunan penginapan jemaah haji.

10. Letak selipar di tempat yang mudah diingat ketika di MasjidiI Haram.

11. Sentiasa memupuk persefahaman dan persahabatan antara satu sama lain.

12. Jika menghadapi apa-apa masalah, sila maklumkan ke Pusat Perkhidmatan Maktab untuk direkodkan laporan atau pengaduan.

13. Jemaah haji wanita yang tidak ke masjid hendaklah tinggal dalam kumpulan. Jangan bersendirian dalam bilik ketika waktu solat.

14. Sebelum tiba Hari Wuquf dan jika keadaan mengizinkan seeloknya membuat lawatan ke Arafah, Mina dan tempat-tempat lain bagi melihat suasana dan kawasan persekitaran sebagai gambaran awal.

15. Pohon pastikan Ibadat Umrah (wajib/sunat) dilakukan dengan sempurna sebelum berangkat ke Arafah.

PERINGATAN
Sebelum memasuki masjid, sila pastikan lokasi dan nombor pintu supaya mudah berkumpul semula untuk pulang.

MAKLUMAN
i. Bagi yang melaksanakan Haji Tamattu’ dan Qiran akan dikenakan Dam (boleh dibayar di kaunter simpanan dan pengeluaran Tabung Haji selepas mengerjakan umrah).
ii. *Perincian dan ruanglingkup dalam Qaul Marjuh pandangan Mazhab Syafi’e dalam perkara tidak membatalkan wudu’ ketika bersentuh tanpa syahwat ketika Tawaf diluaskan penggunaannya bermula dari tempat penginapan (Makkah) seterusnya hingga ketika di dalam Masjidil Haram.

Perkara ini juga boleh digunapakai ketika berada dalam keadaan masyaqqah seperti menaiki pesawat bas sepanjang tempoh mengerjakan Haji (Makkah dan Madinah).

Sah digunapakai untuk Tawaf dan sebagainya selagi wudu’ tidak terbatal mengikut Mazhab Syafi’e contohnya seperti keluar sesuatu daripada qubul atau dubur.

*Keputusan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-22 pada tahun 2006 yang diadakan di Terengganu.

0 comments