Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Tabung Haji



1. Perkhidmatan Guru Agama di Pusat Perkhidmatan Maktab/Zon/Hospital Aziziah/Pusat Rawatan Syisyah.

2. Perkhidmatan Pakar Rujuk di Ibu Pejabat.

3. Ceramah Ibadat Haji akan disampaikan di tempat yang akan ditetapkan mengikut jadual.

4. Klinik perubatan disediakan di setiap Maktab.

5. Perkhidmatan bas percuma untuk waris yang ingin menziarahi pesakit di Hospital Aziziah (dapatkan maklumat perjalanan dari Pusat Perkhidmatan Maktab Tabung Haji).

6. Permohonan pertukaran penerbangan (balik awal atau lewat) akan dilaksanakan mengikut keutamaan dan bergantung kepada kekosongan tempat duduk dalam penerbangan balik yang dipohon.

7. Perkhidmatan Kaunseling turut disediakan.

8. Sajian makanan disediakan mengikut selera Malaysia.

9. Majlis ilmu seperti forum dan ceramah dikendalikan oleli guru agama. Para jemaah dijemput hadir.

10. Perkhidmatan kaunter simpanan dan pengeluaran wang tunai.

11. Pembayaran Dam di kaunter TH.

12. Pendaftaran kelahiran dan kematian. 

0 comments