Perjalanan Dari Madinatul Hujjaj (Matar Qadim) Ke Lapangan Terbang KAAIA Jeddah


1. Perjalanan dengan bas mengambil masa antara 45 hingga 60 minit.

2. Jemaah haji hendaklah bersiap sedia mengemaskan barang masing-masing dalam masa 8 jam sebelum pesawat berlepas. Tunggu pengumuman TH.

3. Sebelum meninggalkan bilik penginapan pastikan tiada barangan yang tertinggal.

4. Jemaah haji hendaklah turun ke bawah bangunan berkumpul di tempat menunggu yang dikhaskan untuk menaiki bas.

5. Jemaah haji hendaklah menaiki bas seperti yang diarahkan oleh pegawai TH.

6. Pastikan suami dan isteri atau keluarga berada dalam bas yang sama.

7. Semua Jemaah haji akan diberi makanan ringan (snek) sebelum has bertolak ke Lapangan Terbang.

8. Bas akan menurunkan jemaah haji di kawasan parkiran bas yang dikhaskan untuk jemaah haji Malaysia setibanya di Lapangan Terbang KAAIA.

9. Jemaah haji dibawa ke tempat rehat sehinggalah arahan bergerak ke bangunan Terminal diumumkan oleh pegawai TH.

10. Jemaah haji akan dimaklumkan untuk mengambil pasport dan jeolaah haji hendaklah menyerahkan kad akuan terima pasport keoada pegawai TH.

11. Sebelum meninggalkan tempat rehat, pastikan tiada barang-barang yang tertinggal.

12. Jemaah haji hendaklah berjalan kaki secara berkumpulan ke dewan berlepas yang telah ditetapkan.

MAKLUMAN
i. Semasa bas tiba di lapangan Terbang KAAIA, Jeddah pastikan keluarga atau kawan hendaklah turun dari bas dan tidak ada yang tertinggal dalam bas.
ii. Bagi jemaah haji yang masih membawa peralatan tajam seperti gunting, pisau, pemetik api dan lain, hendaklah menyerahkan kepada petugas TH.

URUSAN: Dewan Berlepas Dan Menaiki Pesawat.

1. Jemaah haji beratur dan memasuki dewan berlepas melalui pintu yang ditetapkan oleh TH.

2. Menerima hadiah dari pihak Arab Saudi (jika ada).

3. Jemaah haji bergerak ke Kaunter Imigresen.

4. Serahkan pasport kepada pegawai Imigresen.

5. Pasport akan diserahkan semula kepada jemaah haji oleh Pegawai Imigresen.

6. Jemaah haji dibawa ke dewan berlepas.

7. Beratur menaiki pesawat mengikut arahan Petugas Penerbangan atau TH.

8. Semasa dalam pesawat jemaah haji hendaklah mengambil tempat duduk masing-masing mengikut boarding pass dan nombor kerusi yang diperuntukkan.

MAKLUMAN
Kad boarding pass hendaklah disimpan selamat oleh Jemaah haji sehingga menaiki pesawat.

0 comments