Jemaah Haji Kena Pakai E-Gelang

RIYADH | Jemaah haji tahun ini perlu memakai gelang tangan elektronik (e-gelang) bagi membolehkan pihak berkuasa menyediakan khidmat penjagaan yang lebih berkesan dan mengenal pasti jemaah.

Langkah itu diambil susulan tragedi rempuhan pada 24 September lalu, yang mengorbankan lebih 2,297 jemaah.

Menurut portal Arab News dan Saudi Gazette, gelang tangan itu kalis air, dihubungkan dengan sistem lokasi GPS serta menyimpan maklumat peribadi setiap jemaah, termasuk alamat dan rekod perubatan.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Nayef yang mempengerusikan Jawatankuasa Haji, mengarahkan siasatan segera dijalankan selepas tragedi rempuhan tahun lalu.

Namun tiada maklumat dikeluarkan mengenai hasil siasatan itu oleh beliau yang juga Menteri Dalam Negeri Arab Saudi.

Tragedi berlaku ketika jemaah dalam perjalanan melakukan rukun melontar di Mina. Selain itu, lebih 800 kamera pengawasan juga dipasang di Masjidil Haram di Makkah. 

Sumber: Mynewshub

0 comments