Jakel Bawa 80 Pemenang Tunai Umrah

Bertuah sungguh kepada mereka yang telah berjaya memenangi Peraduan Beli & Menang Cabutan Hadiah 2016/2017 yang diadakan pada kempen Jualan Akhir Tahun 2016 sehinggan bulan Mei 2017 di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia.

Mari kami kongsikan beberapa lagi perkara menarik tentang peraduan yang pastinya memberikan makna kepada setiap pemenangnya ini.

1. Penyertaan Dikumpul Selama 26 Minggu

Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan perlulah berbelanja produk di Jakel dengan pembelian RM1,000. Kesemua penyertaan dikumpulkan selama 26 minggu sehingga cabutan hadiah dilakukan. Cabutan tersebut dilakukan bersama-sama dengan Ketua Bahagian Cawangan Jakel seluruh Malaysia.

2. Peraduan Diadakan Bagi Menghargai Pelanggan

Selaku gedung pakaian yang mempunyai pelanggan yang setia sejak sekian lama, peraduan tersebut juga dilihat sebagai salah satu cara untuk menghargai dan meraikan sokongan kepada para pelanggan yang sentiasa menyokong perniagaan Jakel.

3. Semuanya Percuma

Malah lebih menarik lagi, pemenang pertandingan tersebut tidak perlu mengeluarkan sebarang perbelanjaan kerana segala kemudahan mereka di sana adalah di bawah tanggungan pihak Jakel.

Sementara itu, bagi menjami kelancaran perjalanan pemenang yang bakal berlepas ke tanah suci, Jakel bersama dengan Tabung Haji Travel Sdn Bhd akan memastikan pengurusan para jemaah Malaysia di Mekkah diuruskan dengan baik.

Malah Tabung Haji Travel turut membahagikan para pemenang kepada dua kumpulan rombongan yang mana setiap kumpulan akan disertai oleh 40 orang.

Kumpulan pertama bakal berlepas ke Mekkah untuk menunaikan ibadah umrah pada 19 sehingga 29 November 2017. Manakala kumpulan kedua yang disertai 40 orang juga akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah pada 22 Disember 2018 sehingga 1 Januari 2018.

Sumber: Rotikaya




0 comments