Bila kita
berbica tentang Ramadan satu bab yang tidak boleh terlepas ialah Lailatul Qadr.
Didalam Quran disebut dalam Surah al-Qadr (سورة
القدر):
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (١) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ
(٢)
لَيْلَةُ الْقَدْرِ
خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (٣) تَنَزَّلُ
الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ (٤) سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
(٥)
Ertinya:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa
jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? malam
Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan
mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun
Yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Pada malam tersebut diturunkan
al-Quran ke bumi. Kemudian hal tersebut diperjelaskan lagi dalam Surah
al-Dukhan (سورة الدخان):
حم (١) وَالْكِتَابِ الْمُبِينِ (٢) إِنَّا
أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ (٣) فِيهَا
يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ (٤) أَمْرًا مِنْ عِنْدِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ
(٥) رَحْمَةً
مِنْ رَبِّكَ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (٦)
Ertinya: Haa, Miim. Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam
yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi
peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana)
pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang
mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat
kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul. (Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat
manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui
(akan segala keadaan hamba-hambaNya).