Dalam Hadith SAW merekodkan:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا
تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.
Ertinya:
Siapa yang solat pada malam lailatul Qadr dengan iman dan mengharap pahala,
diampuni dosanya yang telah lalu.
[HR
Bukhari; Sahih]
Lailatul Qadr
itu ada pada 10 malam terakhir dan dikhususkan pada malam ganjil:
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ
مِنْ رَمَضَانَ.
Ertinya:
Upayakan malam Lailatul Qadr pada hari ganjil di sepuluh hari terakhir
Ramadhan.
[HR
Bukhari; Sahih]
الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ فَإِنْ ضَعُفَ أَحَدُكُمْ أَوْ
عَجَزَ فَلاَ يُغْلَبَنَّ عَلَى السَّبْعِ الْبَوَاقِي.
Ertinya:
Nantikanlah Lailatul Qadr pada sepuluh hari terakhir, jika lemah dan tidak
sanggup, jangan terluput 7 hari yang tersisa.
[HR
Muslim dan Ahmad; Sahih]
Dikhususkan lagi
pada 7 malam terakhir:
الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ يَعْنِي لَيْلَةَ الْقَدْرِ
فَإِنْ ضَعُفَ أَحَدُكُمْ أَوْ عَجَزَ فَلَا يُغْلَبَنَّ عَلَى السَّبْعِ الْبَوَاقِي.
Ertinya:
Carilah malam Lailatul Qadr pada sepuluh hari terakhir. Jika salah seorang di
antara kalian tidak mampu atau lemah maka jangan sampai terluput dari tujuh
hari sisanya.
[HR
Muslim; Sahih]
أَرَى رُؤْيَاكُمْ قَدْ تَوَاطَأَتْ فِي السَّبْعِ الأَوَاخِرِ فَمَنْ
كَانَ مُتَحَرِّيهَا فَلْيَتَحَرَّهَا فِي السَّبْعِ الأَوَاخِرِ.
Ertinya:
Aku melihat mimpi kalian. Mimpi kalian tepat pada tujuh malam terakhir. Barangsiapa
yang ingin mencarinya, maka carilah pada tujuh malam terakhir bulan Ramadhan.
[HR Bukhari dan
Muslim; Sahih]
Dikhususkan lagi
iaitu pada malam 25, 27 dan 29:
الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ
فِي تَاسِعَةٍ تَبْقَى فِي سَابِعَةٍ تَبْقَى فِي خَامِسَةٍ تَبْقَى.
Ertinya:
Carilah malam lailatul qadar pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Pada
malam kedua puluh Sembilan, kedua puluh tujuh, kedua puluh lima.
[HR
Bukhari; Sahih]
Dari tujuh malam
terakhir bulan Ramadhan yang paling mendekati adalah malam kedua puluh tujuh,
maka bersungguh-sungguhlah pada malam ini. Ubay bin Ka’ab (أبي بن كعب)
telah berkata:
وَاللَّهِ إِنِّي لَأَعْلَمُ أَيُّ لَيْلَةٍ هِيَ، هِيَ اللَّيْلَةُ الَّتِي
أَمَرَنَا بِهَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقِيَامِهَا هِيَ
لَيْلَةُ صَبِيحَةِ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ.
Ertinya:
Demi Allah aku tahu bila malam itu, iaitu malam yang kita diperintah Rasulullah
SAW untuk menghidupkannya, iaitu malam kedua puluh tujuh.
[HR
Muslim; Sahih]