40 Hadith al-Quran: 1

Mukadimah

عن عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:
إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.
[رواه البخاري ومسلم]

Ertinya: Dari Umar ibn al-Katthab r.a: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya.

Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
[HR Bukhari & Muslim]

Kata Imam Abdul Rahman bin Mahdi r.h: Barangsiapa hendak mengarang kitab maka mulakan dengan Hadith Umar ini dalam setiap bab.

Kelebihan Membaca al-Quran dan Mempelajarinya

Hadith 1: Membaca al-Quran di masjid mendapat rahmat dan dikelilingi malaikat samada secara berjemaah atau berseorangan.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
ومَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ، وَحَفَّتْ بِهِمُ الْمَلائِكَةُ، وَذَكَرَهُمْ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَّأْ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرَعْ بِهِ نَسَبُهُ.
[رواه مسلم وأبو داود وغيرهما]

Ertinya: Dari Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda:

Tidaklah satu kaum berkumpul di dalam rumah diantara rumah-rumah (masjid) Allah, membaca kitab Allah dan saling mempelajarinya diantara mereka melainkan akan turun kepada mereka ketenangan, mereka diliputi rahmat, serta dikelilingi malaikat, dan Allah menyebut-nyebut mereka diantara malaikat yang ada di sisiNya.

Barangsiapa yang ketinggalan amalnya maka nasabnya tidak juga meninggikannya.
[HR Muslim, Abu Daud dll]