Sebelum
Berangkat Ke Tanah Suci
1. Niat Ikhlas.
i.
Ikhlaskan hati hanya untuk
Allah.
ii.
Apabila hati kita ikhlas
maka serta merta jiwa yang mazmumah mula mengecil.
2.Belajar
Manasik Haji.
i.
Belajar cara mengerjakan haji
dan umrah kerana Haji yang Mabrur datangnya dari cara pelaksanaan yang betul.
3. Bertaubat.
i.
Banyakkan taubat dan
istighfar sebelum ke Tanah Suci dalam ertikata sebenar-sebenar taubat.
ii.
Tinggalkan segala masksiat
dan tabiat buruk.
iii.
Perbaiki diri agar menjadi
orang yang soleh.
4. Punca
Pendapatan
i.
Bersihkan harta daripada
perkara haram dan syubhah.
ii.
Gunakan harta yang halal
untuk pergi haji.
iii.
Pergi haji dengan sumber
pendapatan yang haram hukumnya sah tapi dia tidak akan dapat haji yang mabrur –
pendapat mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan jumhur ulama.
iv.
Haji tidak sah dengan
sumber haram – pendapat mazhab Hambali.
5. Mencari Redha
Allah.
i.
Pergi ke sana dengan izin
dan redha ibu bapa bagi anak, suami bagi isteri.
ii.
Berusaha mendapat keredhaan
para guru dan sahabat handai.
6. Selesaikan Segala
Hak Allah Yang Tertanggung Atas Dirinya:
i.
Solat
ii.
Zakat
iii.
Nazar
iv.
Kifarat
v.
Fidyah
7. Selesaikan
Hak Manusia Yang Masih Tertanggung Pada Dirinya:
i.
Minta maaf dengan orang
yang pernah kita buat salah dengannya.
ii.
Minta halal dengan orang
pernah berurusan dengan kita.
iii.
Menulis wasiat kepada
waris.
iv.
Membekalkan belanja untuk
keluarga dan tanggungan kita.
v.
Meninggalkan pesan untuk
orang yang ditinggalkan.
vi.
Selesaikan hutang.
8. Kawan Yang
Amanah.
i.
Cari dan pilihlah kawan
yang soleh dan amanah sebagai teman.
ii.
Cara kawan yang boleh
diharapkan pertolongannya.
9. Berdoa Dan
Bertawakal
i.
Berdoalah agar Allah
izinkan dan mudahkan urusan haji kita.
ii.
Perbanyakkan solat hajat,
bacaan Yasin dan zikir-zikir lainnya.
10. Menunaikan Solat
Sunat Musafir sebelum berangkat.