عَنْ
ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
خِيَارُكُمْ
أَلْيَنُكُمْ مَنَاكِبَ فِي الصَّلاةِ.
[رواه أبو داود]
Ertinya: Dari Ibnu
Abbas r.a dia berkata; Rasulullah SAW bersabda:
Sebaik baik orang
diantara kamu ialah yang paling lunak menyentuh bahu-bahu temannya (ketika
meratakan saf solat).
[HR Abu Daud;
Albani: Sahih]
Dan Rasulullah SAW
mengatakan bila nak solat hendaklah luruskan saf dan jangan biarkan saf
renggang kosong.
عَنْ
أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
سَوُّوا
صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصَّفِّ مِنْ تَمَامِ الصَّلاةِ.
[رواه مسلم]
Ertinya: Dari Anas
bin Malik r.a dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Luruskan saf kalian
kerana penyamaan saf termasuk kesempurnaan solat.
[HR Muslim]
عَنْ
أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ
رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
رُصُّوا
صُفُوفَكُمْ وَقَارِبُوا بَيْنَهَا وَحَاذُوا بِالْأَعْنَاقِ فَوَالَّذِي نَفْسِي
بِيَدِهِ إِنِّي لَأَرَى الشَّيْطَانَ يَدْخُلُ مِنْ خَلَلِ الصَّفِّ كَأَنَّهَا
الْحَذَفُ.
[رواه أبو داود]
Ertinya: Dari Anas
bin Malik r.a dari Rasulullah SAW:
Rapatkan saf
kalian, dekatkanlah jarak antara keduanya, dan sejajarkanlah antara
leher-leher. Demi Zat yang jiwaku berada ditanganNya, sesungguhnya aku melihat
syaitan masuk ke dalam celah celah saf itu tak ubahnya bagai anak kambing
kecil.
[HR Abu Daud;
Albani: Sahih]