Adab Takbir Raya Haji



Di syariatkan bertakbir bermula Subuh Hari Arafah sehingga Asar akhir Hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 203:

وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ

Ertinya: Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya.

Takbirnya ialah:

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله، والله أكبر، ولله الحمد.

Bagi lelaki hendaklah mengeraskan suaranya samada di masjid, pasar, rumah dan selepas solat fardhu sebagai membesarkan Allah SWT dan melahirkan rasa kehambaan dan kesyukuran kepadaNya.

0 comments