Hari Zulhijjah Lebih Berharga Dari Emas




Kelebihan Hari 10 Zulhijjah

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبَّ إلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ، يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ، إلا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ مِنْ ذَلِكَ.
[رَوَاهُ الْجَمَاعَةُ إلا مُسْلِمًا وَالنَّسَائِيُّ]

Sabda Rasulullah SAW: Tidak ada hari di mana amalannya lebih dicintai oleh Allah melainkan pada 10 hari ini.
Sahabat bertanya: Walaupun berjihad kerana Allah?
Baginda SAW menjawab: Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali bagi seorang lelaki yang keluar untuk berperang dan menyerahkan seluruh dirinya dan harta bendanya untuk tujuan jihad, dan dia pulang tanpa semua itu.
[HR Semua Imam Kecuali Muslim dan Nasa’i]