Hukum Puasa Sunat Ayura



Hari ke 9, 10 dan 11 Muharram adalah hari yang dimuliakan. Pada hari tersebut disunatkan berpuasa. Puasa hari kesembilan dikenali dengan puasa Tasu’a (تاسوعاء) manakala puasa pada hari kesepuluh pula dikenali sebagai puasa Asyura (عاشوراء).

Menurut Ibn Qayyim r.h ada tiga tingkatan puasa Asyura:
1. Puasa pada 9 dan 10 Muharram.
2. Puasa pada 10 dan 11 Muharram.
3. Puasa pada 9, 10 dan 11 Muharram.

Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

0 comments