Jangan Buat! (12)


Jangan derhaka kepada ibubapa dan jangan menjadi saksi sumpah palsu!

حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي بَكْرَةَ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: كُنَّا عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: أَلا أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ ثَلاثًا، الإِشْرَاكُ بِاللهِ، وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ، وَشَهَادَةُ الزُّورِ، أَوْ قَوْلُ الزُّورِ، وَكَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَّكِئًا، فَجَلَسَ فَمَا زَالَ يُكَرِّرُهَا، حَتَّى قُلْنَا: لَيْتَهُ سَكَتَ.
[متفق عليه]

Ertinya: Abdul Rahman bin Abu Bakrah dari bapanya (Ibn Abi Salamah): Saat kami disisi Rasulullah SAW, lalu Baginda bersabda:

Mahukah aku ceritakan kepada kamu semua dosa besar yang paling besar? Iaitu tiga perkara:
1)      mensyirikkan Allah,
2)      menderhakai kedua ibu bapa,
3)      dan saksi palsu atau berkata dusta.

Saat itu Baginda sedang bersandar lalu duduk. Baginda SAW terus mengulangi sabdanya sehingga kami berkata: Semoga Baginda berhenti.
[Muttafaqun ‘alaih]