Rapat Dan Luruskan Saf (3)


Cara lurus yang betul ialah melihat tumit belakang bukan jari kaki depan


Allah palingkan wajah jikalau tidak berusaha meluruskan saf.

عن النُّعْمَان بن بشِير: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسَوِّي صُفُوفَنَا حَتَّى كَأَنَّمَا يُسَوِّي بِهَا الْقِدَاحَ حَتَّى رَأَى أَنَّا قَدْ عَقَلْنَا عَنْهُ ثُمَّ خَرَجَ يَوْمًا فَقَامَ حَتَّى كَادَ يُكَبِّرُ فَرَأَى رَجُلًا بَادِيًا صَدْرُهُ مِنْ الصَّفِّ، فَقَالَ: عِبَادَ اللَّهِ لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ.
 [مسلم]

Ertinya: Dari Nu’man bin Basysyir: Dahulu Rasulullah SAW menyamakan saf kami hingga seakan-akan menyamakan busur panah hingga Baginda melihat bahawa kami sungguh telah terikat darinya.
Kemudian pada suatu hari Baginda keluar, lalu berdiri hingga hampir bertakbir, lalu Baginda melihat seorang lelaki menonjolkan dadanya dari saf, maka Baginda bersabda:

Wahai hamba Allah, hendaklah kamu bersungguh meluruskan saf atau Allah akan menyelisihkan antara wajah kamu semua.
[HR Muslim]