Gerhana Bulan 10 Dis



Gerhana bulan penuh pada hari Sabtu 10 Dis 2011. Fasa maksimum berlaku pada jam 10.31 malam. Jangan lupa Solat Gerhana Bulan. Hukumnya Sunat Muakkad dan sunat dilakukan berjemaah.

Cara Solat Gerhana Bulan:

1. Niat:

أُصَلِّي سُنَّةَ خُسُوْفِ الْقَمَرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى

Ertinya: Sahaja aku Solat Sunat Gerhana Bulan 2 rakaat makmum kerana Allah Taala.

2. Selepas Takbiratul Ihram, baca Doa Iftitah, Surah al-Fatihah dan surah.

3. Rukuk serta tasbihnya dan qiam semula.

4. Baca al-Fatihah dan surah.

5. Rukuk, iktidal dan sujud seperti biasa.

6. Qiam semula untuk rakaat kedua.

7. Baca al-Fatihah dan surah.

8. Rukuk beserta tasbih dan qiam semula.

9. Baca al-Fatihah dan surah.

10. Rukuk, iktidal dan sujud seperti biasa, tasyahhud akhir dan salam.

11. Khutbah Gerhanan Bulan.


0 comments