Jangan
melangkahi bahu-bahu para jemaah ketika imam berkhutbah. Kerana kita nak ke saf
awal padahal kita mari lewat, kita telah melangkahi bahu orang lain dengan
tidak sopan kecuali ada ruang kosong yang boleh kita lalui. Nak duduk saf depan
mari awalah wei! Pukul 12.45 tengahari masih belum mandi lagi pastu mari masjid
nak duduk depan sedap gamok!
عَنْ مُعَاذِ بْنِ أَنَسٍ الْجُهَنِيِّ،
قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ تَخَطَّى رِقَابَ
النَّاسِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ اتَّخَذَ جِسْرًا إِلَى جَهَنَّمَ.
[الترمذي]
Ertinya:
Dari Muaz bin Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa
yang melangkahi bahu orang lain pada hari (khutbah) Jumaat, maka ia telah
mengambil jambatan menuju neraka Jahannam.
[HR
Tirmizi; Albani: Daif]