Soalan 2


Soalan:

Apakah hukumnya pesakit lelaki dan perempuan yang masih dalam Ihram sebelum Tahallul Awal memakai gelang yang diperbuat daripada plastik yang ditulis nama pesakit itu dan tidak boleh dibuka melainkan dengan digunting kerana tujuannya untuk mengenali pesakit tersebut khasnya apabila mereka dihantar ke Hospital Arab, adakah dibolehkan atau haram dan jika haram adakah dikenakan Dam (fidyah) dan adakah berdosa?

Jawapan:

Harus bagi orang perempuan memakai gelang tersebut. Adapun bagi lelaki adalah diharuskan kerana hajat, tidak berdosa dan tidak dikenakan Dam.

Sumber:
Lembaga Tabung Haji Malaysia. Soal Jawab Haji & Umrah. 1999.

0 comments