Persediaan Di Rumah


URUSAN: Persediaan Untuk Berangkat Ke Tanah Suci.

1. Dapatkan maklumat awal dan terkini dari Tabung Haji Contact Center (THCC) mengenai perkembangan terbaru.

2. Jaga kesihatan dan tidur secukupnya. Amalkan makan vitamin satu bulan sebelum berangkat.

3. Sediakan pakaian dan peralatan secukupnya. Beg pakaian suami isteri berasingan.

4. Tulis perkara berikut pada semua beg:
• Nama dan alamat lengkap (di Malaysia)
• No. Telefon (Jika ada)
• No. Penerbangan (No. KT)
• No. Pasport

5. Sediakan wang perbelanjaan secukupnya. Tukar sedikit wang Saudi Riyal di mana-mana bank atau pengurup wang (anggaran SR300.00). Wang simpanan di Tabung Haji boleh dikeluarkan semasa di Tanah Suci dalam bentuk Saudi Riyal.

6. Jemaah haji yang menghidap penyakit tertentu dan perlu ubat atau peralatan khas hendaklah membawanya sendiri berserta dengan surat doktor.

7. Bawalah pakaian musim sejuk kerana kebiasaannya pada bulan Disember hingga Februari, cuaca agak sejuk. 
  • Aktiviti Di Madinah
    URUSAN: Ziarah. 1. Jemaah haji dinasihatkan terlebih dahulu mempela ...
  • Mina
    Akik (also Hakeek or agate) stones and rings sold at the apex of Jabal ...
  • Urusan Ke Madinah Selepas Wuquf
    Bagi Mereka Yang Ke Madinah Selepas Wuquf Dan Menaiki Penerbangan Balik ...

0 comments