Soalan 21


Taubat Anak Derhaka

Soalan:

Ada seseorang yang derhaka kepada ibu bapanya. Kemudiannya kedua-dua mereka meninggal dunia dalam keadaan masih marah. Bagaimanakah cara anak itu menghapuskan kemarahan kedua-duanya dan mengelak daripada tuntutan mereka di akhirat nanti?

Jawapan:

Tidak ada cara untuk membatalkan tuntutan mereka di akhirat. Akan tetapi, anak itu sepatutnya menyesal, memperbanyak istighfar, doa dan bersedekah untuk mereka berdua jika mampu. la juga mesti memuliakan dan menyambung hubungan silaturahim dengan orang yang dicintai oleh ibu bapanya, membayarkan hutang mereka atau apa sahaja tindakan seumpama itu yang mampu dilakukan.

- Fatwa Imam Nawawi dalam Majalah al-Ustaz no 6.


  • Maksud Mampu Dalam Menunaikan Haji
    Soalan: Kita telah maklum bahawa orang yang diwajibkan melaksanakan i ...
  • Soalan 3
    Persoalan Agama: Haji mabrur jihad paling utama sucikan diri Muslim O ...
  • Soalan 20
    Pergi Haji Tanpa Izin ibu bapa Soalan: Bolehkah seseorang melaku ...

0 comments