TH Hotel Terengganu Urus Jemaah Pantai Timur Tahun Ini

KUALA TERENGGANU | Bermula tahun ini urusan jemaah haji dari pantai timur akan dilakukan di TH Hotel & Convention Centre (THHT) yang terletak satu kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini.

Pengurus Besar, THHT Malizan Zakaria berkata, segala urusan termasuk pemeriksaan kesihatan, imigresen dan sebagainya sebelum jemaah berangkat ke tanah suci akan dibuat di hotel bernilai kira-kira RM75 juta itu.

“THHT terbahagi kepada dua bahagian iaitu sebahagian dikhaskan untuk urusan haji manakala sebahagian lagi dibuka sebagai hotel biasa,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurutnya, sebanyak enam penerbangan dijadual berlepas dari LTSM bermula 17 hingga 26 Sept membabitkan jemaah dari Kelantan, Pahang dan Terengganu.

“Bagi jemaah dari Kelantan atau Pahang yang akan berlepas ke tanah suci pada penerbangan pagi, keluarga mereka akan menginap di hotel baharu itu,” katanya.

0 comments