Pihak perbandaran Makkah telah menganjurkan acara sarkas
daripada China khusus untuk sambutan Aidilfitri tahun ini. Pertunjukkan ini
diadakan di Kelab Sukan Al-Wehda, dalam daerah Tana’im. Bermakna acara ini
dilaksanakan diluar Tanah Haram. Acara ini berlangsung pada jam 7 malam - 8.30
malam dan 9.30 malam - 11 malam. Pihak penganjur menganggarkan pertunjukkan
sarkas ini akan mendapat sambutan oleh penduduk Makkah terutama kanak-kanak.
Majlis perbandaran lain di Makkah juga mengadakan
acara sambutan Aidilfitri seperti Bandar Aziziyah mengadakan tarian tradisional
rakyat dan program hiburan lain khas untuk kanak-kanak bertempat di Taman Al-Husainiyah
berhampiran Hospital King Abdullah.