Wanita
Tunai Haji Tanpa Muhram
Soalan:
Dalam
musim haji sekarang, isu tentang mahram untuk wanita yang ingin mengerjakan
haji semakin mengelirukan. Ada pihak yang keras mempertahankan bahawa wanita
wajib ditemani dengan mahram, dan ada pula yang berpendapat sebaliknya. Saya
mendengar banyak kes wanita yang terpaksa membatalkan hajinya kerana tiada
mahram yang mahu ikut serta. Bagaimanakah pandangan Prof. tentang hal ini.
Terima
kasih.
Jawapan:
Perbezaan
pendapat itu terhasil daripada perbezaan cara berfikir antara libral dan
konservatif. Dalam sejarah hukum Islam perbezaan seperti itun berlaku sejak
zaman Rasulullah lagi dan terus berlaku di setiap zaman sampai ke hari ini.
Khusus mengenai soal muhram ini golongan konservatif seperti Wahabi berpendapat
hadis berkenaan perlu diterima seada-adanya. Maksudnya bila Rasulullah bersabda
kena ada muhram maka maksudnya kena ada muhram. Tanpa muhram tak boleh pergi.
Golongan libral seperti Syekh Muhammad al-Ghazzali dan Yusuf al-Qaradhawi lebih
suka melihat kepada objektif sabda Rasulullah SAW itu. Bagi mereka maksud kena
ada muhram ertinya perjalanan itu bebas daripada sebarang fitnah. Kerana itu
Muhammad al-Ghazali dan al-Qaradhawi berkata musafir ke mana saja, termasuk ke
Mekah dalam satu rombongan orang baik-baik samalah seperti musafir bersama
muhram kerana keselamatan dan tiada fitnah terjamin. Bagi kita tepuk dada tanya
selera mahu jadi konservatif atau libral. Kedua-duanya betul belaka. Samalah
denga perbezaan antara makan dengan dengan tiga jari dan makan denga sudu dan
garpu.
Sumber:
mahmoodzuhdi.com