Soalan 6


Apa itu Solat Jamak Syuri

Soalan:

Ketika sakit tua, arwah datuk saya sering melewatkan solat Zuhur sehingga ke akhir waktu supaya dia dapat segera solat Asar dengan wuduk yang sama. Begitu juga dengan waktu Maghrib dan Isyak. Apakah perbuatan begini dibenarkan? Bukankah melewatkan solat itu tidak digalakkan?

Jawapan:


Menghimpunkan dua solat dengan melewatkan solat pertama dinamakan sebagai jamak syuri. Dalam keadaan arwah datuk saudara yang sakit, sudah tentu sukar untuknya bangun dan berwuduk setiap waktu, atau mungkin kerap berwuduk memudaratkan dirinya. Oleh itu, perbuatan melewatkan solat fardu untuk menghimpunkannya dengan solat selepasnya adalah harus. Tetapi sekiranya, jamak syuri dilakukan kerana sikap mengambil mudah atau malas, perbuatan tersebut adalah makruh.

Sumber: mahmoodzuhdi.com