Syarat Haji

Syarat-Syarat Wajib Haji/Umrah
- Bermakna bila cukup 5 syarat dibawah maka jatuh hukum wajib keatasnya.
- Jikalau tidak mahu laksana maka hukumnya berdosa.

1. Islam
         i.            Bermakna orang kafir tidak sah kalau buat haji.
       ii.            Orang murtad tidak sah haji semasa murtadnya.
      iii.            Kalau buat haji sebelum murtad, kemudian murtad dan masuk Islam kembali:
a)      Mazhab Syafie – tak wajib buat haji lagi.
b)      Mazhab Hanafi dan Maliki – wajib.

2. Baligh
         i.            Bagi haji kanak-kanak:
a)      Sah dan dapat pahala.
b)      Wajib menunaikan kembali haji bila dah baligh.
c)       Jika baligh sebelum wukuf atau semasa wukuf – dapat Haji Fardhu.

3. Berakal
         i.            Wajib atas orang sempurna akalnya.
       ii.            Tidak sempurna akal bermaksud:
a)      Gila sepenuhnya/separuh.
b)      Pengsan waktu yang lama/koma.
c)       Lurus bendul (السفوية).

4. Merdeka
         i.            Seorang hamba tidak wajib mengerjakan haji.
       ii.            Kalau buat haji dengan izin tuannya – hajinya sah tapi hanya dapat pahala Haji Sunat.
      iii.            Jika dia dimerdekakan:
a)      Selepas tamat wukuf maka dapat Haji Sunat.
b)      Sebelum tamat wukuf maka dapat Haji Fardhu.

5. Berkuasa/Istito’ah (استطاعة)
         i.            Berkemampuan mengerjakan haji/umrah terbahagi kepada dua bahagian:
1)      Diri sendiri.
- Sihat tubuh badan mental dan fizikal.
- Kewangan : cukup belanja pergi balik, keperluan asas orang dibawah tanggungannya.
a)      Meminjam duit pergi haji - tidak wajib
b)      Ditawar pergi haji - kalau pinjaman tidak wajib terima, kalau percuma wajib terima.
c)       Suami tidak wajib biaya wang haji isteri.
- Ada kenderaan pergi balik - hanya untuk orang tinggal jauh dari Mekah melebihi 2 marhalah (91 km).
- Aman perjalanan seperti keselamatan dalam perjalanan.
- Kesempatan masa menunaikan haji yakni jangkamasa membolehkannya sampai ke Mekah.

2)      Dengan pertolongan orang lain (Haji Badal).
- Orang sakit tiada harapan sembuh.
- Orang tua lagi uzur.
- Orang telah meninggal dunia dan mampu mengerjakan haji semasa hayatnya.

Syarat Tambahan Bagi Wanita:
- Mendapat izin suami atau walinya.
- Ditemani oleh suami atau mahram atau kumpulan wanita yang tsiqat (dipercayai).
- Harus pergi seorang diri jika diyakini keadaan dirinya selamat.
- Bebas daripada iddah cerai atau mati.

       ii.            Kuota haji, kuota tahun.
      iii.            Undang-undang kewangan untuk keluar/masuk sesebuah negara.