Tetap Tawaf
Walaupun Haid
Soalan:
Bagaimana pula
sekiranya Si wanita itu tetap melakukan tawaf sedangkan dia tahu keadaannya
yang baru didatangi haid?
Jawapan:
Keempat-empat
imam mazhab berpendapat bahawa perempuan yang didatangi haid dilarang melakukan
tawaf berdasarkan hadith di atas. Walau bagaimanapun ulama berbeza pendapat
dalam hal ini.
Kebanyakan ulama
menetapkan bahawa tawafnya tidak sah dan dia turut dikenakan bayaran dam.
Manakala ulama Mazhab Hanafi berpendapat tawafnya sah, namun dia dikenakan dam
berupa seekor unta. Begitu juga dalam kes perempuan nifas dan orang yang
berjunub.
AI-Mughirah pula
berkata: “Tidak disyaratkan bersuci untuk tawaf malah hukumnya sunat sahaja.
Jika dia tawaf, dalam keadaan berhadas, maka dia dikenakan bayaran seekor
kambing dan jika dalam keadaan berjunub maka dia dikenakan bayaran seekor unta.”
- Majalah
al-Ustaz Isu no 6.
0 comments