Cara Ziarah Makam Nabi SAW


Ini adalah panduan menziarahi Makam Rasulullah SAW. Praktik ini hanya sesuai untuk lelaki kerana hanya jemaah lelaki boleh masuk melalui Bab Salam. Adapun jemaah perempuan melalui pintu dibahagian mereka.

1
Terlebih dahulu berwuduk dan berwangi-wangian.

2
Masuk melalui pintu Bab Salam [باب السلام].

3
Masuk dengan kaki kanan sambil ber-Doa Masuk Masjid:


بِسْمِ اللهِ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ، أَعُوْذُ بِاللهِ الْعَظِيْمِ، وَوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ، وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيْم،ِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ، اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ.

Ertinya: Dengan nama Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW. Aku mohon berlindung dengan Allah yang Maha Agung, Wajahnya yang Mulia, kerajaanNya yang Qadim daripada syaitan direjam. Ya Allah, bukakan bagiku pintu rahmatMu.

4
Berjalan secara teratur, jangan terburu-buru sehingga mengasari orang lain. Masuk penuh tawaduk dan hadir hati penuh penghormatan kepada Rasulullah SAW, insan yang amat kita ingin jumpa selama ini. Kalau sampai menitis air mata ... maka titiskanlah air matamu!

5
Saat berhampiran dengan Makam Rasulullah SAW ucapkanlah salam:


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، اَلصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا رَسُوْلَ اللهِ.

Ertinya: Selamat sejahtera ke atasmu wahai Nabi Allah, semoga Allah mencucuri rahmat keberkatanNya ke atas mu. Selawat dan Salam ke atas mu wahai Rasulullah.

Atau ucapan salam yang lebih panjang seperti dibawah. Akan tetapi yang panjang ini kalau nak baca hendaklah baca mulai masuk pintu Bab Salam, bimbang tak sempat habis.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ الْكَرِيْمُ وَالرَّسُوْلُ الْعَظِيْمُ وَالرَّءُوْفُ الرَّحِيْمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا نَبِيَّ اللهِ، اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا صَفْوَةَ خَلْقِ اللهِ، اَلسَّلاَمُ يَا حَبِيْبَ اللهِ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَإِنَّكَ عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّكَ بَلَّغْتَ الرِّسَالَةَ، وَأَدَّيْتَ اْلأَمَانَةَ، وَنَصَحْتَ اْلأُمَّةَ، وَجَاهَدْتَ فِي سَبِيْلِ اللهِ، فَصَلَّى اللهُ عَلَيْكَ صَلاَةً دَائِمَةً  إِلَى يَوْمِ الدِّيْنَ، اَللَّهُمَّ آتِهِ الْفَضِيْلَةَ وَالدَّرَجَةَ الرَّفِيْعَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِي وَعَدْتَهُ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيْعَادَ.

Ertinya: Selamat sejahtera ke atasmu Wahai Junjungan Yang Mulia, Rasul Yang Agung, Pemurah lagi Penyayang, moga-moga dirahmati dah diberkati Allah ke atasnya. Sesungguhnya selamat sejahteralah wahai Nabi Allah, selamat sejahteralah wahai kekasih Allah.
Aku bersaksi bahawa tiada ada tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, dan sesungguhnya engkau adalah hambaNya lagi pesuruhNya. Aku bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan risalahNya dan menyempurnakan tanggungjawab dan telah memberi nasihat kepada umat dan Engkau telah berjihad untuk meninggikan agama Allah.
Selawat dan salam ke atasmu berkekalan sehingga Hari Kiamat. Ya Allah, Ya Tuhanku, kurniakanlah kepada baginda kemuliaan dan darjat yang tinggi serta anugerahkan kepadanya tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji sekali-kali.

Kemudian bolehlah disambung dengan selawat ke atas Rasulullah SAW seperti Selawat Ibrahimiyyah (selawat dalam solat pada tahiyat akhir).

Pada waktu ini juga jikalau ada sanak saudara di tanah air mengirim salam ke atas Rasulullah SAW makan bolehlah disampaikan.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا رَسُوْلَ اللهِ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ مِنْ......بِنْ/بِنْتُ.....

Ertinya: Salam padamu wahai Rasulullah dari bin/binti ...... (sebutkan nama orangnya).

Jika ramai cukuplah menyebut “Sahabatku di tanah air memberi salam”. Tidak perlu menyebut satu persatu nama. Sanak saudara di tanah air pula jangan lebih-lebih mengirim pesan. Nak lebih-lebih eloklah anda sendiri ke Tanah Suci daripada menyusahkan orang lain.

6
Salam kepada Saidina Abu Bakar al-Siddiq:


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا أَبَا بَكْرٍ صَاحِبَ رَسُوْلِ اللهِ، اَللَّهُمَّ ارْحَمْهُ وَاغْفِرْ لَهُ وَارْضَى عَنْهُ.

Ertinya: Selamat sejahtera ke atas mu wahai Abu Bakar sahabat Rasulullah. Ya Allah, rahmatinya, ampuni dosanya dan redhailah dia.

Atau ucapan salam yang lebih panjang seperti dibawah. Akan tetapi yang panjang ini kalau nak baca hendaklah baca mulai masuk pintu Bab Salam, bimbang tak sempat habis.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا خَلِيْفَةَ رَسُوْلِ اللهِ، اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا صَاحِبَ رَسُوْلِ اللهِ فِي الْغَارِ، اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا أَمِيْنَهُ عَلَى اْلأَسْرَارِ، جَزَاكَ اللهُ عَناَّ أَفْضَلَ مَا جَزَى بِهِ إِمَامًا عَنْ أُمَّةِ نَبِيِّهِ، فَلَقَدْ خَلَفْتَهُ أَحْسَنَ الْخَلْفِ، وَسَلَكْتَ طَرِيْقَهُ وَمِنْهَاجَهُ خَيْرَ سُلُوْكٍ، وَنصَرْتَ اْلإِسْلاَمَ، وَوَصَلْتَ اْلأَرْحَامَ وَلَمْ تَزَلْ قَائِمًا بِالْحَقِّ حَتَّى أَتاَكَ الْيَقِيْنُ، وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.

Ertinya: Salam sejahtera kepada tuan wahai khalifah Rasulullah yang pertama, salam sejahtera wahai sahabatnya yang bersama-sama di dalam Gua Thur, salam sejahtera ke atasmu yang setia menyimpan rahsia, terimalah ganjaran daripada Allah sebagai balasan ketua yang memimpin umat NabiNya.
Bahawasanya engkau telah menggantikan Rasulullah dengan menjalankan sebaik-baik tanggungjawab dan engkau telah mengikut perjalanannya serta berkhidmat kepada agama Islam, menyambungkan silaturrahim dan sentiasa menegakkan kebenaran sehingga akhir hayatMu, maka terimalah ganjaran, salam sejahtera dan rahmat dari Allah ke atasmu.

7
Salam kepada Saidina Umar al-Khattab:

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا عُمَرَ، يَا خَلِيْفَةَ رَسُوْلِ اللهِ، اَللَّهُمَّ ارْحَمْهُ وَاغْفِرْ لَهُ وَارْضَى عَنْهُ.

Ertinya: Selamat sejahtera ke atas mu wahai Umar Khalifah Rasulullah. Ya Allah, rahmatinya, ampuni dosanya dan redhailah dia.

Atau ucapan salam yang lebih panjang seperti dibawah. Akan tetapi yang panjang ini kalau nak baca hendaklah baca mulai masuk pintu Bab Salam, bimbang tak sempat habis.

عَلَيْكَ يَا مُظْهِرَ اْلإِسْلاَمِ، اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا فَارُوْقُ، اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا مَنْ نَطَقَ بِالصَّوَابِ، وَكَفَلْتَ اْلأَيْتاَمَ وَوَصَلْتَ اْلأَرْحَامَ وَقَوِيَّ بِكَ اْلإِسْلاَمُ، اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.

Ertinya: Salam sejahtera ke atasmu wahai yang menzahirkan Islam secara terang-terangan, salam sejahtera ke atasmu wahai yang telah diberi gelaran al-Faruk, salam sejahtera ke atasmu yang sentiasa bercakap benar serta memelihara anak-anak yatim dan menghubungkan kasih sayang. Dengan engkaulah agama Islam menjadi kuat dan gagah. Maka terimalah salam sejahtera serta rahmat daripada Allah ke atasmu.

8
Keluar melalui pintu Bab Baqi’ [باب البقيع].

Maka selesailah gerak kerja/cara menziarahi Makam Rasulullah SAW.


12 comments