Persediaan Sebelum Ke Arafah


URUSAN: Persediaan Sebelum 8 Zulhijjah Untuk Ke Arafah.

1. Dapatkan maklumat perjalanan ke Arafah di Pusat Perkhidmatan Maktab. Sila lihat poster yang dipamerkan di bangunan penginapan.

2. Dapatkan stiker penempatan nombor khemah di Arafah dan Mina yang akan diagihkan oleh petugas maktab sebelum 8 Zulhijjah.

3. Sediakan perkara-perkara berikut:
Perkara-perkara yang perlu dibawa:
- Hendaklah diisi di dalam beg bimbit TH
  • Pakaian
  • Buku Rekod Rawatan
  • Buku Doa/Al-Quran
  • Tasbih dan sejadah
  • Uncang batu
  • Tuala kecil
  • Gunting
  • Lampu suluh 1 Botol air (1 liter)
  • Payung Kecil


Pakaian Lelaki:

  • 3 helai kain ihram (termasuk yang dipakai)
  • 2 helai kain pelikat
  • 2 helai seluar trek atau seluar slack
  • 2 helai singlet
  • 2 helai baju t-shirt atau kemeja
  • 1 helai jubah atau baju melayu
  • 1 kasut biasa (lembut)


Pakaian Wanita:

  • 2 helai telekung (termasuk yang dipakai)
  • 2 helai kain batik
  • 2 helai maxi atau jubah atau baju kurung
  • 2 helai seluar trek
  • 1 kasut biasa (lembut)


4. Bawa wang Saudi Riyal (SR) untuk keperluan kecemasan sebanyak SR 500.00 termasuk upah melontar jika perlu.

5. Pastikan ahli keluarga dan rakan sebilik sentiasa ada bersama khasnya apabila dekat hari untuk bertolak ke Arafah.

6. Jemaah haji yang uzur tidak digalakkan sembahyang di Masjidil Haram pada masa 3 hari sebelum ke Arafah. Ini untuk mengelakkan jemaah haji sesat, jatuh sakit dan mengelak dari panas terik matahari.

7. Jika ada barang-barang berharga jemaah haji bolehlah mendapatkan perkhidmatan menyimpan barang di pejabat Muassasah.

PERINGATAN
i. Jemaah haji dinasihatkan supaya menghadiri majlis taklimat Arafah Mina oleh Pengurus Maktab bagi mendapatkan maklumat dan panduan.
ii. 3 hari sebelum ke Arafah, pastikan menerima pelekat no. khemah Arafah dan Mina dari pihak maktab TH.
iii. Tampalkan pelekat no. khemah Arafah Mina dibelakang lencana dan pada beg galas.
iv. Jemaah haji wanita sama sekali tidak digalakkan sembahyang Jumaat kerana masjid sesak pada kebiasaannya.
v. Tidak digalakkan mengerjakan Umrah sunat 7 hari sebelum berangkat ke Arafah supaya dapat menyimpan tenaga.
vi. Tunggu pengumuman berangkat ke Arafah oleh Petugas Maktab.
vii. Jemaah haji dikehendaki berada di dalam bilik masing-masing sehingga menerima arahan petugas Tabung Haji untuk menaiki bas yang telah disediakan.
viii. Jarak dari Makkah ke Arafah 21.9 km (perjalanan kadangkala memakan masa 1 hingga 2 jam).
ix. Jika bas rosak segeralah memohon pertolongan dari kalangan bas jemaah haji Malaysia/petugas TH/Muassasah yang melalui kawasan itu.


URUSAN: Pada 8 Zulhijjah untuk ke Arafah

1. Tunggu pengumuman keberangkatan ke Arafah oleh petugas maktab di bilik masing-masing. Jangan turun ke lobi bangunan sehingga diarahkan.

2. Jika melaksanakan Haji Tamattu’ hendaklah mandi sunat Ihram, memakai pakaian Ihram, sembahyang sunat Ihram dan berniat Ihram Haji di bilik masing-masing sebelum berangkat ke Arafah.

3. Turun ke lobi bangunan apabila diarah oleh petugas maktab dan serahkan kunci bilik kepada petugas bangunan di kaunter. Sila bawa beg sendiri dan menaiki bas yang telah disediakan.

4. Jemaah haji berangkat dengan bas secara dua peringkat pada 8 Zulhijjah. (Sila ikut arahan petugas Tabung Haji):

  • Selepas Solat Zohor
  • Selepas Solat Asar


5. Pastikan ahli keluarga terdekat ada bersama-sama semasa urusan berangkat ke Arafah.

6. Sepanjang perjalanan ke Arafah hendaklah bertalbiah beramai-ramai (berjemaah).

7. Perjalanan dari Makkah ke Arafah mengambil masa satu hingga dua jam. 

0 comments