Saudi Wajibkan Vaksin C19 Untuk Haji

SHAH ALAM – Kerajaan Arab Saudi menetapkan peraturan yang mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 kepada jemaah yang mahu menunaikan haji pada tahun ini.

Menurut agensi Reuters, Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah berkata, ia merupakan antara peraturan utama yang ditetapkan kepada jemaah bagi mencegah penularan Covid-19.

“Vaksin Covid-19 adalah wajib kepada sesiapa sahaja yang mahu menunaikan ibadah haji dan ia akan menjadi salah satu syarat utama haji,” katanya.

Pada tahun 2020, Arab saudi hanya memberikan kebenaran kepada kira-kira 1,000 jemaah haji yang tinggal di negara itu untuk menunaikan haji susulan penularan Covid-19. – Agensi

Sumber: mynewshub

0 comments