Panduan Musafir

Tatacara bermusafir ini sebagai panduan ringkas untuk bakal Jemaah ke Tanah Suci.

1
Mandi Sunat Musafir


نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِلسَّفَرِ للهِ تَعَالَى

Ertinya: Sahaja aku mandi sunat musafir kerana Allah Taala.

2
Solat Sunat Musafir


أُصَلِّي سُنَّةَ السَّفَرِ رَكْعَتَيْنِ للهِ تَعَالَى

Ertinya: Sahaja aku solat sunat musafir dua rakaat kerana Allah Taala.

3
Doa Musafir Selepas Solat Sunat Musafir
اَللَّهُمَّ أَنْتَ صَاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالْخَلِيْفَةُ فِي الْأَهْلِ وَالْمَالِ وَالْوَلَدِ وَالْأَصْحَابِ، اَللَّهُمَّ احْفَظْنَا وَإِيَّاهُمْ مِنْ آفَاتِ الدُّنْيَا وَعَاهَاتِهَا

Ertinya: Ya Allah, Engkaulah pemandu semasa didalam musafir dan Engkaulah pengawal keselamatan terhadap keluargaku, hartaku, anak-pinakku dan sahabat handai. Ya Allah, peliharalah daku dan mereka dari sebarang malapetaka dan wabak penyakit.

4
Doa Keluar Rumah


بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ

Ertinya: Dengan nama Allah aku melangkah, aku berserah diri kepada Allah. Tiada daya dan upayaku melainkan dengan izin Allah.

5
Doa Menaiki Kenderaan


سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَلَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ

Ertinya: Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali! [Surah al-Zukhruf: 13-14]

6
Doa Menaiki Kapal Terbang


بِسْمِ اللهِ مَجْرِىهَا وَمُرْسَاهَا، إِنَّ رَبِّي لَغَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ

Ertinya: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Surah Hud: 41]

7
Doa Untuk Orang Ditinggalkan

Orang nak musafir mendoakan:

أَسْتَوْدِعُكُمُ اللهَ الَّذِي لاَ تَضِيْعُ وَدَائِعُهُ

Ertinya: Saya tinggalkan kamu sekalian dibawah penjagaan Allah yang pasti tidak hilang jagaanNya.

Sementara orang ditinggalkan menjawab:

نَسْتَوْدِعُ اللهَ دِيْنِكَ وَأَمَانَتِكَ وَخَوَاتِيْمَ عَمَلِكَ

Ertinya: Kami tinggalkan kamu agar Allah menjaga agama mu, ahli keluargamu dan hartamu dan penutup amalanmu.

0 comments