Dalil Haji 1






Menunaikan Fardhu Haji ke Baitullah adalah satu tugas yang diwajibkan Allah kepada hambaNya dan ia merupakan salah satu dari Rukun Islam.

Diperintahkan menunaikan haji dengan bersegera bagi sesiapa yang telah memenuhi syarat wajib haji dan telah mampu mengadakan perbelanjaan bagi perjalanannya dan mereka yang ditinggalkannya, sihat jasmaninya dan aman perjalanannya.

Dalil Al-Quran

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ ۝
 [سورة آل عمران: 97]

Ertinya: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengungjungi Baitullah (Kaabah), iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkar kewajipan Ibadat Haji itu) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatu pun) dari sekalian makhluk. [’Āli ‘Imrān: 97]

وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالاً وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ۝
[سورة الحج: 27]

Ertinya: Dan serukanlah kepada umat manusia untuk mengerjakan Ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke rumah Tuhan-mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus[1] yang datangnya dari pelbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh. [al-ajj: 27]

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ...
[سورة البقرة: 196]

Ertinya: Dan sempurnakanlah Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah. [al-Baqarah: 196]


[1] Unta yang kurus menggambarkan jauh dan sukarnya yang ditempuh oleh jemaah haji.

0 comments