Pembuat Pintu Ka'abah Meninggal Dunia


وفاة الشيخ أحمد بدر صانع باب الكعبة

Sheikh Ahmad bin Ibrahim Badr, pembuat pintu emas Ka’bah, meninggal dunia pada usia 89 tahun di Makkah Jumaat lepas. Almarhum disembahyangkan keesokan harinya di Masjidil Haram selepas solat subuh dan ditanam di perkuburan Ma’ala (مقابر المعلاه).


Sheikh Ahmad menghasilkan pintu Ka’bah menggunakan emas tulen seberat 300 kilogram luar dan dalam (كيلو جرام للبابين الداخلي والخارجي) atas perintah Raja Khaled bin Abdul Aziz al-Saud (الملك خالد بن عبد العزيز آل سعود) pada Oktober 1979. Kerja itu dijalankan di sebuah bengkel yang dibina khusus untuk projek berkenaan. Beliau juga memperkemas dan memperindahkan lagi saluran air di atas Ka’bah (الميزاب) dan rangka perak Hajar Aswad (اطار الحجر الأسود). Beliau mempelajari seni berkenaan daripada bapanya, pereka dan pembina asal pintu berkenaan atas perintah Raja Abdul Aziz (الملك عبد العزيز) pada 1942. Sheikh Ahmad dan dua saudaranya, Mahmud dan Ibrahim Badr, membuat pintu berkenaan dengan emas tulen (الذهب الخالص), mengambil masa setahun menyiapkannya. Tiang dalam dan mizab, diperbuat daripada emas 24 karat (قيراطا) seberat 25 kg (كيلو تقريباً) juga disiapkan dalam tempoh berkenaan.

Ada lima belas lingkaran motif diukir mengelilingi bingkai pintu Ka’bah. Tiga di bahagian atas:
Yā Wāsi‘, Yā Māni‘, Yā Nāfi‘ (يا واسع يا مانع يا نافع).

Sepanjang sisi kanan:
YāĀlim, Yā ‘Alīm, Yā alīm, Yā ‘Aẓīm, Yā akīm, Yā Rahīm (يا عالم يا عليم يا حليم يا عظيم يا حكيم يا رحيم).

Sepanjang sisi kiri:
Yā Ghaniy, Yā Mughniy, Yā amīd, Yā Majīd, Yā Subḥān, Yā Musta‘ān (يا غني يا مغني يا حميد يا مجيد يا سبحان يا مستعان).

Atas setiap pintu bertuliskan Allah Jalla Jalāluh (الله جل جلاله), Muhammad SAW (محمد صلى الله عليه وسلم), diikuti oleh ayat-ayat al-Quran:

بسم الله الرحمن الرحيم
ادْخُلُوهَا بِسَلامٍ آمِنِينَ ۝ سورة الحجر: 46
Ertinya: Masuklah dengan aman dan tenteram.

جَعَلَ اللَّهُ الْكَعْبَةَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ قِيَامًا لِلنَّاسِ وَالشَّهْرَ الْحَرَامَ وَالْهَدْيَ وَالْقَلائِدَ ۝ سورة المائدة: 97
Ertinya: Allah telah menjadikan Ka'bah, rumah suci itu sebagai pusat (peribadatan dan urusan dunia) bagi manusia, dan (demikian pula) bulan Haram, had-ya, qalaid.

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا ۝ سورة الإسراء: 80
Ertinya: Dan katakanlah: "Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong.

سَلامٌ عَلَيْكُمْ كَتَبَ رَبُّكُمْ عَلَى نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ ۝ سورة الأنعام: 54
Ertinya: Salaamun alaikum. Tuhanmu telah menetapkan atas Diri-Nya kasih sayang.


وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۝ سورة غافر: 60
Ertinya: Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.

Di bawah berikut ini:

لا إله إلا الله  محمد رسول الله

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ ۝ سورة الزمر: 53
Ertinya: Katakanlah: "Hai hamba-hamba Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.

Kemudian Allahu Akbar (الله أكبر) pada dua bentuk cincin dan surah al-Fatihah tertulis di bawah kunci.

Sheikh Ahmad dilahirkan di kampung datuk neneknya di permukiman Qashāshiyyah (في حارة القشاشية) di Makkah pada tahun 1920. Selepas belajar di sekolah al-Falāḥ (مدرسة الفلاح بمكة) sehingga tahun 6 Ibtida’i (السادسة الابتدائية), pada umur 15 tahun beliau menyertai bapanya di bengkel emas dan perak (صناعة الذهب والفضة). Sheikh Ahmad bekerja di kedai bapanya Sheikh Ibrahim Badr di Goldsmiths Street (شارع الصاغة بزقاق الحجر) sepanjang hidupnya.

Semoga Allah merahmati dan mengampuni beliau dan dimasukkan ke dalam syurga serta kaum keluarganya dengan kesabaran dan kemuliaan.

نسأل الله له الرحمة والمغفرة ودخول الجنة، ولأهله وذويه الصبر والسلوان وحسن العزاء.

0 comments