Penginapan Hotel Shahba Taiba Di Madinah




Hotel penginapan di Madinah ialah Al Shahba Taiba [فندق الشهباء طيبة] yang terletak di Jalan Babus Salam [شارع باب السلام]. Jarak ke Masjid Nabawi kira-kira 150 meter.



Kalau menginap di hotel ini bila keluar nak ke Masjid Nabawi, kita jalan terus tanpa pusing kanan atau kiri dan kita masuk melalui pintu pagar luar no 5 yang bertentangan dengan pintu masjid Bab Malik Saud [باب الملك سعود] bagi lelaki dan ke belakang sedikit iaitu berhampiran pintu pagar 7 bagi wanita. Apa pun ia tertakluk kepada keadaan semasa seperti hotel ini penuh mungkin ke hotel lain tapi ia masih dekat dengan Masjid Nabawi.




0 comments