Harian Metro bertarikh 24/4/2010 melaporkan;
SEWA KHAS UMRAH
Penerbangan Malaysia (MAS) dan Muhammadiyah Travel & Tours Sdn Bhd (Muhammadiyah Travel & Tours) semalam memeterai perjanjian kontrak untuk 10 penerbangan sewa khas umrah pergi balik membabitkan destinasi Kuala Lumpur ke Jeddah bernilai RM10 juta.
Penolong Pengurus Besar Haji dan Sewa Khas MAS, Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, berkata perkhidmatan untuk jemaah umrah itu akan disediakan bagi tempoh bermula dari 4 Jun hingga 7 September depan.
Beliau berkata, perjanjian itu yang pertama seumpamanya dimeterai MAS sejak syarikat berkenaan memperkenalkan penerbangan sewa khas 10 tahun lalu.
“Sejak MAS memperkenalkan penerbangan sewa khas pada 2000, ini penerbangan sewa umrah pertama yang pernah ditawarkan.
“Sebenarnya, sudah lama kami mencari rakan strategik yang sanggup mengambil risiko menyewa satu pesawat khas. Bagi segmen haji, rakan kami, Tabung Haji. Sekarang kami mahu mengembangkan segmen umrah pula,” katanya selepas menandatangani perjanjian kerjasama itu di Akademi MAS di Kelana Jaya, semalam.
Perjanjian itu ditandatangani Nik Ahmad Huzlan yang mewakili MAS dan Pengarah Urusan Muhammadiyah Travel & Tours, Mohammad Yusoff Mohammad Arshad sambil disaksikan Pengarah Operasi MAS, Kapten Mohamed Azharuddin Osman serta Penasihat Muhammadiyah Travel & Tours, Shaik Hussain Yacob.
Mengulas lanjut, Nik Ahmad Huzlan berkata, perjanjian itu boleh disifatkan sebagai satu era baru dan langkah penting membabitkan segmen penerbangan khas umrah.
Manakala Berita Harian bertarikh yang sama melaporkan;
MAS SEDIA KHIDMAT SEWA KHAS UMRAH
Penerbangan Malaysia (MAS) semalam memeterai perjanjian dengan Muhammadiyah Travel & Tours Sdn Bhd bagi menyediakan 10 penerbangan sewa khas umrah pergi balik Kuala Lumpur-Jeddah bernilai RM10 juta.
Perkhidmatan khusus untuk jemaah umrah itu akan disediakan bermula 4 Jun hingga 7 September ini, menggunakan pesawat Boeing 747 yang boleh membawa 350 penumpang, termasuk 42 bagi kelas perniagaan, 12 kelas pertama dan bakinya, kelas ekonomi. Penolong Pengurus Besar Haji dan Sewa Khas MAS, Kapten Nik Ahmad Huzlan, berkata selain membekalkan pesawat sewa khas, pihaknya menyediakan kakitangan kabin berpengalaman bagi menjamin layanan terbaik dan keselesaan penumpang.
Selain menerima layanan mesra kakitangan kabin, katanya, penumpang juga menikmati set hiburan peribadi dalam pesawat yang mendendangkan nasyid serta hidangan halal cita rasa Malaysia.
“Hidangan yang disediakan termasuk ayam masak merah, daging masak kurma dan nasi tomato yang diusahakan bersama dengan pihak Muhammadiyah,” katanya pada majlis pemeteraian perjanjian sewa khas 10 penerbangan berkenaan di Subang Jaya, semalam.
Nik Ahmad mewakili MAS, manakala Muhamadiyah Travel diwakili Pengarah Urusannya, Mohammad Yusoff. “Perjanjian yang dimeterai adalah peristiwa penting buat kami kerana buat pertama kalinya sebuah pesawat disewa khusus untuk umrah,” katanya sambil menambah sebelum itu pengaturan sama hanyalah membabitkan jemaah haji yang diuruskan Tabung Haji.
Sementara itu, Mohammad Yusof berkata, pihaknya belum lagi menetapkan harga pakej umrah berkenaan buat masa ini, tetapi sudah memajak hotel bagi penginapan jemaah yang terletak berhampiran Masjidil Haram Makkah dan Masjid Nabi di Madinah.
Katanya, selain pengangkutan bas di Tanah Suci, dapur disediakan pihaknya mampu menampung 20,000 jemaah pada satu-satu masa.
“Kerjasama ini melengkapkan perkhidmatan Muhammadiyah kepada pelanggan, bermula dengan urusan visa, perkhidmatan penerbangan ke Jeddah, khidmat sambutan di lapangan terbang, pengangkutan darat, katering dan penginapan adalah di bawah pengelolaan kami,” katanya.
Muhammadiyah Travel ditubuhkan pada 23 Mac 2007 adalah agensi pelancongan dengan kerjasama bersama Persatuan Muhammadiyah, persatuan kebajikan dari Singapura.
Bernama bertarikh 23/4/2010 melaporkan;
MAS SIGNS UMRAH CHARTER DEAL WITH MUHAMMADIYAH TRAVEL
PETALING JAYA, April 23 (Bernama) -- Malaysia Airlines (MAS) and Muhammadiyah Travel & Tours Sdn Bhd signed a RM10 million agreement today to undertake umrah charter services between Kuala Lumpur and Jeddah.
MAS Haj and Charter Services Assistant General Manager Capt Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain said the three-month agreement was the first umrah charter since MAS introduced charter services in 2000.
"For years we have been looking for strategic parters who are willing to take a risk by chartering an aircraft.
"In haj, our partner is Tabung Haji. Now, we want to expand it to umrah.
"To me, this is a very important step going into this segment; a new era," he told reporters after signing the agreement at the MAS Academy in Kelana Jaya.
Signing on behalf of Muhammadiyah Travel was Managing Director Mohammad Yusoff.
The agreement covers 10 umrah charter flights between Kuala Lumpur and Jeddah from June 4 until Sept 7 using a Boeing 747 aircraft.
_____________________________
Sesungguhnya berita ini amat dinanti-nantikan masyarakat setempat khususnya Terengganu. Semoga jalinan kerjasama ini akan memberi kemudahan kepada umat Islam dalam urusan ibadah ke Mekah. Insya' Allah.
0 comments