Tujuan kita pergi ke Mekah dan melakukan ibadah Umrah atau Haji adalah untuk beribadah, menyahut panggilan Ilahi. Disini saya paparkan jadual mudah mengkhatamkan Al-Quran dalam masa seminggu untuk panduan umum para jemaah.
JADUAL KHATAM QURAN DALAM MASA SEMINGGU ختم القرآن في أسبوع | |||||||
WAKTU | SELEPAS SUBUH | SELEPAS DHUHA | SELEPAS ZOHOR | SELEPAS ASAR | SELEPAS MAGHRIB | SELEPAS ISYA’ | JUMLAH |
Sabtu | 7 helai | 6 helai | 4 helai | 4 helai | 9 helai | 10 helai | 4 juzuk |
Ahad | 9 helai | 8 helai | 5 helai | 5 helai | 9 helai | 9 helai | 8 juzuk setengah |
Isnin | 7 helai | 6 helai | 4 helai | 4 helai | 9 helai | 10 helai | 12 juzuk setengah |
Selasa | 9 helai | 8 helai | 5 helai | 5 helai | 9 helai | 9 helai | 17 juzuk |
Rabu | 9 helai | 8 helai | 5 helai | 5 helai | 9 helai | 9 helai | 21 juzuk setengah |
Khamis | 9 helai | 8 helai | 5 helai | 5 helai | 9 helai | 9 helai | 26 juzuk |
Jumaat | 7 helai | 6 helai | 4 helai | 4 helai | 9 helai | 10 helai | khatam 30 juzuk |
Amacam, ada berani? Kebiasaan jemaah berada di sana lebih kurang 10 hari, makan minum sudah diatur oleh pakej. Masa terluang janganlah dibiarkan berlalu begitu sahaja. Bagi yang mampu khatamkan bacaan Quran anda di Tanah Suci. Bagi yang tidak mampu bacalah apa yang terdaya kerana Allah memandang keikhlasan hati kita.
0 comments