Lapangan Terbang Jeddah Sesak Teruk




JEDDAH: Balai Berlepas Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz bertukar menjadi bilik setor bagasi jemaah umrah.

Keadaan berlaku kerana ramai jemaah datang lebih awal untuk menaiki pesawat atau membawa terlalu banyak bagasi, melebihi had yang dibenarkan.

Lapangan terbang itu baru-baru ini menjadi tumpuan selepas kelengkapan penyuraian bagasi dan sistem komputernya rosak, menyebabkan kesesakan teruk serta mencetuskan kemarahan penumpang yang terkandas.

Semalam, kesesakan serupa berlaku apabila ada jemaah membawa tiga hingga lima beg meskipun yang dibenarkan hanya satu.

Keadaan itu bukan kali pertama berlaku. Setiap tahun, syarikat penerbangan tempatan dan asing terpaksa berdepan dengan masalah bagasi yang terlebih berat. Keadaan bertambah teruk apabila sebahagian jemaah datang terlalu awal untuk menaiki pesawat. - Agensi

Sumber: Harian Metro, Jumaat, 17/9/2010.

Pss: Memang benar pun sebanyak-banyak troli untuk bawa beg sold out kerana jemaah teralu ramai ditambah dengan sikap pengotor sesetengah warga negara luar membuang sampah merata-rata sehinggakan wajah lapangan terbang bertukar seperti bandar lepas perang. Kemudahan tandas tidak diselia dengan baik - air tiada, setengah pengguna tidak mengepam mangkuk tandas selepas guna memburukkan lagi wajah lapangan terbang milik negara Islam yang dalamnya ada kota suci umat Islam. Islam masih lagi jauh untuk menang jikalau beginilah sikap umat Islam.

0 comments