Fadhilat Bersedekah

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ (٣٩) سورة سباء
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki”.
من تصدق بعدل تمرة من كسب طيب ولا يقبل الله إلا الطيب فإن الله يتقبلها بيمينه ثم يربيها لصاحبه كما يربي أحدكم فلوه حتى تكون مثل الجبل
Ertinya: Siapa yang bersedekah dengan sebiji kurma yang berasal dari usahanya yang halal lagi baik, Allah tidak menerima kecuali dari yang halal lagi baik, maka sesungguhnya Allah menerimanya dengan tangan kanan-Nya (dengan sambutan yang hangat) kemudian Allah menjaga dan memeliharnya untuk pemiliknya seperti seseorang di antara kalian yang menjaga dan memelihara anak kudanya hingga sedekah tersebut menjadi sebesar gunung.

Faedah Sedekah
Hadith SAW
1
Malaikat mendoakan kepada sesiapa yang bersedekah
اللهم أعط منفق خلفا وأعط ممسك تلفا
Ertinya: Ya Allah berilah ganti kepada orang bersedekah dan kepada orang tak bersedekah hilang masalahnya.
2
Mengalahkan syaitan
لا يخرج رجل صدقه إلا فك عنه سبعين شيطان
Ertinya: Tiadalah seorang lelaki bersedekah kecuali terlepas ia dari 70 belitan syaitan.
3
Menghilangkan kemarahan Allah
إن الصدقة لتطفي غضب الله
Ertinya: Sesungguhnya sedekah meredakan kemarahan Allah.
4
Penyembuh segala penyakit
دواوا مرضاكم بالصدقة
Ertinya: Ubati dirimu dengan sedekah
5
Orang kasih kepada penderma
ذبوا عن أعراضكم بالصدقة
Ertinya: Lindungi hartamu dengan sedekah.
6
Husnul khatimah
الصدقة تطفي غضب الرب وتدفع ميتة السوء
Ertinya: Sedekah itu meredakan kemarahan Tuhan dan mengelakkan mati dalam keadaan hina.
7
Sedekah itu dapat menghindar dari azab api neraka
يا عائشة استترى من النار ولو بشق تمره
Ertinya: Wahai Aisyah lindungi dirimu dari neraka walau dengan bersedekah sebiji kurma.
8
Mendapat naungan di hari akhirat
إنما يستظل المؤمن يوم القيامة في ظل صدقته
Ertinya: Sesungguhnya yang akan menaungi orang Mukmin pada hari kiamat kelak, adalah sedekah.
9
Menambah harta sekaligus memberkati hartanya
ما نقص مال من صدقة
Ertinya: Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah.
10
Melembutkan hati walaupun sekeras batu
إذا أردت أن تلبين قلبك فأطعم المسكين
Ertinya: Jikalau engkau ingin melembutkan hatimu hendaklah kamu memberi makan kepada orang miskin.
11
Sedekah dapat mengurangkan azab kubur
إن الصدقة لتطفئ الخطيئة كما يطفئ الماء النار
Ertinya: Sesungguhnya sedekah menghapuskan kejahatan sebagaimana air memadam api.
12
 Buat baik adalah sedekah
كل معروف صدقة
Ertinya: Setiap perbuatan baik (makruf) adalah sedekah.
13
Dipanjangkan umur
إن صدقة المسلم تزيد في العمر، وتمنع ميتة السوء، ويذهب الله بها الكبر والفقر والفخر
Ertinya: Sedekah pemanjang umur, elak mati buruk, penghalau sifat besar diri, kemiskinan dan sombong.

0 comments