Doa Ibadur Rahman Dalam Quran


Ibadur Rahman (عباد الرحمن) bermaksud hamba Allah yang diredhai-Nya. Sifat-sifat mereka dinyatakan dalam Surah al-Furqan. Iaitu:

(1) Berjalan dibumi dengan sopan santun, tidak menyombong diri, menyebarkan salam.
(2) Apabila dihadapkan kata-kata kurang elok kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan elok.
(3) Tekun mengerjakan ibadah dimalam hari.
(4) Sering berdoa dengan dua lafaz doa dibawah.
(5) Tidak melampau batas dalam berbelanja serta tidak pula bakhil.
(6) Tidak syirik.
(7) Tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya kecuali pada jalan yang haq.
(8) Tidak berzina.
(9) Bertaubat atas dosa-dosanya yang silam.
(10) Tidak melakukan perkara yang dilarang syara’.
(11) Apabila bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka menghindarinya.
(12) Bila diberi peringatan dengan ayat-ayat Allah, mereka patuh dan taat.

1- رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا (٦٥) إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا (٦٦) سورة الفرقان

Ertinya: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan. ۝ Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk.۝

2- رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا (٧٤) سورة الفرقان

Ertinya: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

0 comments