Doa Nabi Musa ASW Dalam Quran






1. Doa Nabi Musa minta berlindung daripada Allah kerana kaumnya memperlekehkan baginda bilamana diminta menyembelih seekor lembu betina.

أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ (٦٧) سورة البقرة

Ertinya: Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut).

2. Doa diucapkan oleh ahli sihir Firaun yang telah beriman setelah tewas melawan Nabi Musa.

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ (١٢٦) سورة الأعراف

Ertinya: Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu).

3. Doa Nabi Musa setelah balik kepada kaumnya dan marah kepada Harun kerana kaumnya kembali sesat.

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلأخِي وَأَدْخِلْنَا فِي رَحْمَتِكَ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ (١٥١) سورة الأعراف

Ertinya: Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani.

4. Doa taubat Nabi Musa bersama 70 pengikutnya kepada Allah kerana telah sesat.

﴿أَنْتَ وَلِيُّنَا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الْغَافِرِينَ (١٥٥) وَاكْتُبْ لَنَا فِي هَذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ إِنَّا هُدْنَا إِلَيْكَ (١٥٦) سورة الأعراف: 155-156

Ertinya: Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun. ۝ Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu.

5. Doa pengikut Nabi Musa.

رَبَّنَا لا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ (٨٥) وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (٨٦) سورة يونس

Ertinya: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. ۝ Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir. ۝

6. Doa Nabi Musa agar mudah berdebat dengan Firaun.

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي (٢٥) وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي (٢٦) وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي (٢٧) يَفْقَهُوا قَوْلِي (٢٨) وَاجْعَلْ لِي وَزِيرًا مِنْ أَهْلِي (٢٩) هَارُونَ أَخِي (٣٠) اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي (٣١) وَأَشْرِكْهُ فِي أَمْرِي (٣٢)كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيرًا (٣٣) وَنَذْكُرَكَ كَثِيرًا (٣٤) إِنَّكَ كُنْتَ بِنَا بَصِيرًا (٣٥) سورة طه

Ertinya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; ۝ Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; ۝ Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, ۝ Supaya mereka faham perkataanku; ۝ Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. ۝ Iaitu Harun1 saudaraku; ۝ Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, ۝ Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku, ۝ Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu, ۝ Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu; ۝ Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami. ۝

1 Boleh ditukar kepada nama yang kita ingini. Contoh:

زَيْنُ الدِّيْنَ أَخِي

Ertinya: Zainuddin saudaraku.

7. Doa Nabi Musa yang menyesali kerana membunuh seorang pengikut Firaun secara tidak sengaja.

﴿رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي﴾ سورة القصص: 16

Ertinya: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah (apalah jua kiranya) akan dosaku. 

8. Doa Nabi Musa menyesali kerana membela kaumnya yang salah.

رَبِّ بِمَا أَنْعَمْتَ عَلَيَّ فَلَنْ أَكُونَ ظَهِيرًا لِلْمُجْرِمِينَ (١٧) سورة القصص

Ertinya: Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah.

9. Doa Nabi Musa setelah melarikan diri dari kampungnya.

رَبِّ نَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ (٢١) سورة القصص

Ertinya: Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim.

10. Doa Nabi Musa setelah menolong dua anak perempuan Nabi Syuaib. Doanya dimakbulkan kerana setelah itu Nabi Musa dapat bekerja sebagai pengembala kambing hak milik Nabi Syuaib.

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ (٢٤) سورة القصص

Ertinya: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.

11. Doa Nabi Musa setelah mendengar Firaun ingin membunuhnya.

إِنِّي عُذْتُ بِرَبِّي وَرَبِّكُمْ مِنْ كُلِّ مُتَكَبِّرٍ لا يُؤْمِنُ بِيَوْمِ الْحِسَابِ (٢٧) سورة غافر

Ertinya: Sesungguhnya aku berlindung kepada Allah Tuhanku dan Tuhan kamu - dari (angkara) tiap-tiap orang yang sombong takbur, yang tidak beriman kepada hari hitungan amal!

12. Doa Nabi Musa bilamana kaumnya yang sesat yang lebih suka mengikut Firaun.

وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ (٤٤) سورة غافر

Ertinya: Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya.

0 comments