Zikir Selepas Solat Fardhu




Inilah zikir yang paling sahih dan afdhal diamalkan selepas solat fardhu. Selepas memberi salam jangan bangun terus, teruskan berzikir sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan para Sahabat r.a. Namun apa yang diamalkan oleh orang kita di masjid-masjid tiadalah salahnya kerana hukumnya adalah sunat sahaja. Zikir ini bagus diamalkan oleh jemaah haji dan umrah ketika di Tanah Suci ataupun oleh sesiapa saja.

1
أَسْتَغْفِرُ اللهَ، أَسْتَغْفِرُ اللهَ، أَسْتَغْفِرُ اللهَ
Ertinya: Ampuni dosaku Ya Allah.
2
اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ، وَمِنْكَ السَّلاَمُ، تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Ertinya: Ya Allah Engkau Maha Sejahtera, dari-Mu kesejahteraan, Maha Berkah Engkau wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.
3
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ، وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ
Ertinya: Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya seluruh kerajaan dan milik-Nya segala pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah. Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, milik-Nya segala nikmat, milik-Nya segala keutamaan dan milik-Nya segala sanjungan yang baik. Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dengan mengikhlaskan agama untuk-Nya walaupun orang-orang kafir benci.
4
اَللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ
Ertinya: Ya Allah tidak ada yang dapat menghalangi apa yang Engkau berikan, tidak ada yang dapat memberi apa yang Engkau halangi dan tidak bermanfaat bagi orang yang memiliki kekayaan (dari siksaan-Mu) akan kekayaannya.
5
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
[10X Subuh dan Maghrib]

Ertinya: Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya seluruh kerajaan dan milik-Nya segala pujian, yang menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.
6
اللهم أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ
[7X Subuh dan Maghrib]
Ertinya: Ya Allah jauhkan kami dari neraka.
7
آية الكرسي
1X setiap lepas solat fardhu.
8
سورة الإخلاص وسورة الفلق وسورة الناس
[3X Subuh dan Maghrib, 1X waktu lain]
9.1
سُبْحَانَ اللهُ [10X]
اَلْحَمْدُ ِللهِ [10X]
اَللهُ أَكْبَرُ [10X]

atau
9.2
سُبْحَانَ اللهُ [25X]
اَلْحَمْدُ ِللهِ [25X]
اَللهُ أَكْبَرُ [25X]
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ [25X]

atau
9.3
سُبْحَانَ اللهُ [33X]
اَلْحَمْدُ ِللهِ [33X]
اَللهُ أَكْبَرُ [34X]

atau
9.4
سُبْحَانَ اللهُ [33X]
اَلْحَمْدُ ِللهِ [33X]
اَللهُ أَكْبَرُ [33X]
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
10
اللهم أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Ertinya: Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu,dan beribadah kepada-Mu dengan baik.


Susunan zikir tidak wajib diikuti. Ikutlah keselesaan kita dalam berzikir. Ia hanya zikir sunat bukan rukun solat yang wajib diikuti. Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

0 comments