Soal Jawab Para Rasul r.a (4)




31. Siapakah satu-satunya Nabi disebut dalam al-Quran yang namanya bermula huruf ‘Sad’ [الصاد]?

Nabi Salleh a.s.

32. Siapakah Nabi yang diajar Allah memahami bahasa burung dan haiwan?

Nabi Sulaiman a.s.

33. Siapakah Nabi dipenjara secara zalim?

Nabi Yusuf a.s.

34. Siapakah Nabi digelar ‘Zin Nun’ [ذي النون]?

Nabi Yunus a.s, bermaksud Pemilik Ikan Paus.

35. Siapakah Nabi yang Allah tundukkan baginya gunung-ganang dan bertasbih bersamanya?

Nabi Daud a.s.

36. Siapakah Nabi yang ibunya disebut dalam al-Quran?

Nabi Isa a.s. dan ibunya Maryam a.s.

37. Nabi manakah yang mati tapi tidak dilahirkan?

Nabi Adam a.s kerana dijadikan terus oleh Allah bukan melalui kelahiran biasa.

38. Siapa Rasul yang digelar Ulul Azmi [أولو العزم]?

Nabi Nuh a.s, Ibrahim a.s, Musa a.s, Isa a.s dan Muhammad SAW.

39. Siapakah Nabi paling banyak disebut dalam al-Quran?

Nabi Musa a.s.

40. Kisah Nabi manakah yang lengkap diceritakan dalam al-Quran?

Nabi Yusuf a.s.

0 comments