Doa Nabi Muhammad SAW Dalam Quran



1. Doa Nabi Muhammad apabila ada dari kalangan umatnya yang engkar.

حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (١٢٩) سورة التوبة

Ertinya: Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.

2. Doa Nabi Muhammad SAW waktu dinihari.

رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا (٨٠) سورة الإسراء

Ertinya: Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.

3. Doa Nabi Muhammad SAW yang diajar oleh Allah kerana tergesa-gesa membaca ayat Quran diajar oleh Jibril a.s.

رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا (١١٤) سورة طه

Ertinya: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.

4. Allah memerintah Nabi Muhammad SAW dan umatnya berdoa agar terhindar dari godaan syaitan.

رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ (٩٧) وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ (٩٨) سورة المؤمنون

Ertinya: Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan. ۝ Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku. ۝

5. Allah memerintah Nabi Muhammad SAW mengucapkan kalimat ini sebagai peneguhan iman.

حَسْبِيَ اللَّهُ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ (٣٨) سورة الزمر

Ertinya: Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri.

0 comments