Haji Mohd Jantan: Bimbingan Gerak Kerja Haji & Umrah



Bimbingan Gerak Kerja Haji & Umrah: Teman untuk tetamu Allah, sebuah buku ringkas padat dalam bentuk poket agar mudah dibawa kemana-mana. Buku ini tidak dijual secara meluas, hanya diedar untuk bakal jemaah syarikat travel sahaja.

Penulis ialah Haji Mohd Jantan bin Ismail. Beliau amat dikenali sebagai seorang guru bimbingan haji dan umrah terutama di daerah Marang. Berpengalaman selama lebih 30 tahun. Sekarang diwaktu usia meniti 80 tahun beliau masih sihat dan segar bugar memberi tunjuk ajar kepada bakal jemaah khususnya di Terengganu. Apabila ditanya apakah rahsia agar kekal sihat? Beliau menjawab, “Berkat pergi Mekah setiap tahun.”

Hasil survey ramai jemaah menyenangi dengan isi persembahan buku ini.

Daftar Isi

Bab 1:
Panduan Musafir Dan Solat Di Dalam Perjalanan

Bab 2:
Ziarah Dan Beribadat Di Madinah Al Munawwarah
Ziarah Luar Madinah

Bab 3:
Berihram: Cara Dan Persiapannya

Bab 4:
Bimbingan Gerak Kerja Ibadah Umrah
Panduan Mengerjakan Tawaf
Tawaf Ifadhah
Ibadah Setelah Tawaf

Bab 5:
Sai’e

Bab 6:
Bimbingan Gerak Kerja Ibadah Haji
Ibadah Di Arafah
Melontar Jumrah

Bab 7:
Ziarah Makkah Al Mukarramah

Bab 8:
Solat Sunat

Bab 9:
Tawaf Wida’

Penulis: Haji Mohd Jantan bin Ismail